::Ukhwah kerana Allah :: |
Aku: Akak need rafakan semangat dari Sol.....
Kalam taujihad dari bumi Urdun...
J Kuatnya wanita bukan terletak pada fizikalnya, tapi,kuatnya muslimah solehah itu pada sekeping hatinya yang kudus.. Hatinya yang tabah dan kuat itu pula lahir dari titisan mutiara yang terhasil dari kelopak matanya yang redup. Jadikan tangisan anda itu sebagai pendorong untuk anda kekal bermujahadah atas jalanNya.. Sungguh, titiskanlah ia saat bertemu pencipta kerana sesungguhnya hanya Dialah yang berhak mendapatkan butiran mutiara anda itu.. Tidak menjadi masalah andai hati terpanggil untuk menceritakan pada sahabat-sahabat tercinta, namun manusia hanya mampu memberikan nasihat dan kata-kata.. Berdoalah agar kata-kata nasihat itu mampu menjadi penghubung dan menggerakkan hati untuk menujuNya, dan kata-kata yang terkesan di lubuk hati hanya diperoleh jika anda mempunyai sahabat-sahabat yang ukhuwahnya berlandaskan syariat dan semata-mata keranaNya.. Kuatkan semangat kerana sesungguhnya ujian bagi mereka yang mengembara mencari ilmu ini lebih sukar kerana Allah ingin menghadiahkan infiniti kebahagiaan,kejayaan,keceriaan dan menjadikan anda hambaNya yang lebih bersyukur.. Apa yang paling utama adalah, Dia menghendaki dirimu mencari kekuatan itu dengan hadirnya dugaan demi dugaan agar nikmat yang diperolehi selepasnya lebih terasa kemanisan dan keindahannya... InsyaAllah.. Ibarat bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Sentiasa berbaik sangka dengan si Dia,Tuhan Pencipta kerana Dia adalah menurut apa yang kita sangkakan..(+ve) minda, tajdid niat, jauhi penyakit hati.. Apabila hati terasa gersang, carilah/simbahkanlah ia dgn zikir penguat semangat, teruskan senyum untuk bersedekah kerana yakinlah, .senyum tatkala air mata ingin menitis itu sangat berharga sebagai bukti kita berusaha redha dan kuat serta sabar dalam menghadapi ujianNya.. At least we'd try our best right? So, juz let everyone seeing u're in a happy mood so that they'll also happy.. Sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan cemburuilah mereka yang 'amal ibadahnya serta hubungannya dengan Allah sangat erat. Semoga kita mampu menjadi hambaNya yang lebih baik dan berdoalah agar Dia sentiasa memberikan kita jalan-jalan keluar dan membukakan pintu-pintu rezki dari semua aspek sama ada 'ilmu, ketenangan hati, harta,kefahaman dalam agama dan sebagainya.. InsyaAllah, never give up dear!! He'll always be with u in every inch of ur life..juz believe in Him, so He'll never forget u..giving a mehnah is kinda sign/way that He's never forgetting u k ~aja aja..fighting!! bittaufiq!!! J(h)(*) Jadilah seperti bintang yang bersinar di tengah-tengah kegelapan malam dan hiasilah hati dengan syukur dan basahkan lidah dgn zikrullah.. Segalanya mungkin bagiNya kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita..
p/s: Terima kasih yang teramat sangat buat adik Nursolehah Mohd Daud.. (Tahun 1 Irbid, Jordan)
Semoga dirimu menjadi seberani Khaulah Al-Azwar, setabah Sumaiyah, secekal Ummu Hakim... Salam mujahadah buatmu.. J
:: Kami wanita hebat :: Allahu Akbar |
AJA-AJA JIHADDDD!!!
Alhamdulillah... rafakan semangat yang mampu membuat diri ini kembali bersemangat.... usah gentar sayang.... kita sekarang perlu saling menguatkan... Alhamdulillah Allah hadirkan teman2 untuk kita... perjalanan yang masih jauh ini amat2 memerlukan semangat+kekuatan jiwa yang tinggi.... tanpa kamu siapalah diri ini..moga kita semua berjaya bersama athirahku sayang.... ~kesedihan hari ini barangkali kesannya baik untuk masa akan datang~
ReplyDeletesayang athirah kerana Allah.... :)
Yup,, benar syueku sayang... Iman sentiasa turun naik, hati sentiasa berbolak-balik.. Ingatkan andai diri ini terlupa, tegur andai diri ini terleka. Sentiasa perlukan peringatan agar tidak lalai, sahabat yang sentiasa berpesan pada kebenaran dan kesabaran.. Terus kuat, terus thabat,, kuatkan semangat, waima kita tahu, thabat n futur itu milik Allah.. Kita usha, Dia nilai setiap usha kita.. (^_^)!! kita saling memerlukan....
ReplyDelete