Pages


Friday, March 9, 2012

:: Waiting For The Call ::


Salam buat kita semua tentera Ar-Rahim yang menjadikan dakwah si jantung hati, syahid di jalan-Nya sebagai cita tertinggi. Indahnya salam itu jika kita sambungkan di antara kita di syurga sana. Namun, jika kita dapat menjadi "mu'min haqqan" yang tidak terlelap dalam malam dunia, apakah kita orangnya yang senantiasa siap dan bergegas menuju syurga-Nya?

Sebulan aku meninggalkan blogku beku tanpa bicara, bukan kerana tiada kemahuan untuk menulis, namun aku cuba mencari kekuatan untuk menulis bersama iman dan roh ubudiyah. Aku mencari makna dalam setiap tulisan, mencerakinkan "jadwa" yang terkandung. Menterjemah torehan kehidupan dalam sebuah ungkapan. Membiarkan jiwa yang bercerita.

10 darjah celcius menemani malamku, sesekali belakang tanganku menutup mulut menahan kuap sedangkan mata meronta-ronta menuntut haknya. Namun, itu semua tidak menjadi tembok untukku terus meneruskan tarian jemariku pada keyboard. Alunan Irfan Makki "Waiting For The Call" masih setia menemaniku.

Aku seorang musafir yang menumpang untuk berlabuh di bumi ini, hanyalah seorang insan biasa yang kadang-kala aku bagai dilanda kefuturan untuk menulis, kerana menulis bukanlah bidangku. Namun, aku tetap cuba mengagahkan diri berbicara pada keyboard.


Beberapa hari yang lalu.. pada petang yang tenang.....

Sedang aku bersantai-santai di depan laptop sambil membalut buku-buku kuliah, aku didatangi seorang kakak. Lalu, diberikan kepadaku satu gambar rajah.

:: Inilah dia ::


Aku diberi santapan rohani pada petang yang tenang ni, kicauan burung di luar seolah-olah tidak menghiraukan kondisi aku yang berada dalam kamar ini..

Kakak: Trah faham tak gambar ni?
Aku: Hemm,, faham tapi tak sepenuhnya. Hee, nape? Akak nak kongsi eh, Trah nak dengar ni..
Kakak: Ok, yang pertama ni dia tunjukkan ade ade 4 peringkat alam. Pertama alam rahim, kedua alam dunia, ketiga alam kubur dan keempat alam mahsyar..
(Aku mengangguk-angguk tanda faham)

Kakak: Alam rahim ni cammne?
Aku: Dalam kandungan 
Kakak: Ok, mase alam rahim ni, apa yang Allah dah tetapkan untuk kita?
Aku: Erm,, iman. (Dalam hati: alamak, ape lg eh?)
Kakak: Mase alam rahim, Allah tetapkan 4 perkare untuk kite, ade disebut dalam Hadis 40 iaitu hadis keempat. Rezeki, amal, nasib dan mati kita.
(Aku angguk tanda mengerti)

Kakak: Tengok bawah ni pulak, ni adalah keperluan bagi kita. Oksigen, makanan dan minuman, tempat tinggal, pakaian dan duit.
Aku: Keperluan asas untuk hidup lah kan?
Kakak: Ha, betul-betul. Ape yang Trah tau tujuan kita diciptakan.
Aku: (Dengan yakin aku jawab) Pertama, sebagai hamba Allah, kedua sebagai khalifah dan ketiga penyeru kepada kebaikan dan pencegah daripada kemungkaran. Betul tak?
Kakak: (Senyum) Tau tak 3 persoalan yang kite kene tau?
Aku: (Berfikir) Yang dari mana kita datang, untuk apa kita datang dan kemana kita akan pergi tu ke? (Soalku tapi tak tepat sangat tu)
Kakak: Hem, btulla tu. 

Bersambung.........
p/s: tak larat sangat mata nak terkatup

Tapi, sebelum tirai berlabuh, inginku hadiahkan sebuah lagu yang sering ku ulang-ulang semenjak dua menjak ni, dan sering ku dengar untuk terus bersemangat untuk hadapinya... Allah... Allah.... Allah....



Irfan Makki
Waiting For The Call


Miles away, oceans apart
Never in my sight but always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، 
لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَّ لَبَّيْكَ
إنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ  لَكَ وَالْمُلْكُ
لاَ شَرِيْكَ لَكَ


moga segalanya dipermudahkan oleh Allah... Insyaallah. Biiznillah..

2 comments:

  1. salam cik tintasamudera.... nak berangakat menjadi tetamu Allah dah kan...doaku moga trah senantiasa dalam jagaan kasih sayang Allah...doakan kejayaan kita semua ya..... sayang trah selalu.. jaga diri.. moga dipermudahkan semua urusan,diterima amalan n baik2 sahaja........ selamat pergi dan pulang.... :) :) yang pastinya merindui...syue,leha,mizah n jannah... :)

    ReplyDelete
  2. seriyus ke trah akan ke sane ? doakan hana juge ye ! moga thabat atas jalanNya ..~

    ReplyDelete

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."