Pages


Friday, October 12, 2012

:: Konvokesyen And MKAP 2o12 ::


Alhamdulillah, pada kali ini, aku masih lagi dapat menyertai Majlis Konvokesyen Kali Ke-7 ini yang diadakan di ACC. Aku masih lagi sebagai pengiring Graduan Akhir. Tidak banyak beza daripada tahun sebelumnya, yang berbeza ialah para graduannya. 

Seperti kata seorang ustazku semasa di Maahad dulu, "Jika kita selalu belajar, kita tak payah belajar" Hehe.. Apa yang kalian faham dari ayat ini. Sememangnya, jika kita selalu belajar dan merasa kesusahan belajar, kita akan rasa mudah dan tidak susah untuk belajar. (Tak payah= Senang)



ACC Majlis Konvokesyen Ke-7


Belajar tidak pernah tamat. Seumur hidup kita perlu belajar. Buat para graduan, perjuangan anda masih belum tamat. Bahkan baru bermula. Bermula menempuh dunia sebenar, dan aku? Aku pun baru bermula, bahkan aku sebenarnya baru menapak dan mengorak langkah. Dan perlu tajdid niat selalu.. Allahummaftah Alaik.. J

Tahniah Induk Hanis, Kak Hana, Achik Bitah, Kak Zimah n Asu Syira

Akak-akak ni kate.. Duk Mesir ni tak cukup 4 tahun je. Biar lebih sebab dalam tempoh 4 tahun tu, tak sempurna lagi ilmu yang dapat. Yela, kita belajar menuntut ilmu bukan untuk sijil, tapi orang sekarang belajar untuk sijil. Masa aku mula-mula masuk kuliah tahun lepas, Sem 1 ada 6 madah. Belajar dalam tempoh 3 bulan dan kemudian imtihan. Jujur, time tu aku rasa cukup-cukup tak puas belajar.. Terasa sangat-sangat belajar tu untuk imtihan. Dah tu, Sem depan tu madah lain pulak, sries tak puas belajar. Rasa tak sempat nak hadam lagi. Allah.. Allah..J
Jadi, aku berdoa dan berharap sangat-sangat, agar segala ilmu yang aku perolehi ni, kekal dengan izin-Nya untuk bekalan pada masa hadapan.. Insyaallah,, Biiznillah... J



Bersama Kak Hana
Bersama Ibu, Induk Hanis n Kak Limah (mata stemm pulak)
Bersama Asu Syira @ Humaira
Bersama Adik Syude n Kak Zimah

Buat Kak Hana yang disayangi | satu bilik | sebagai pengiring Kak Hana...dan Buat Induk   yang dikasihi| Kakak Naqibahku... Semoganya, kalian terus tabah, dan umat di Malaysia sangat-sangat memerlukan insan seperti kalian... Kalian sungguh hebat, dan mungkin tiada pengganti sehebat kalian selepas ini. Semoga cita-cita kalian tercapai untuk ummah. Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada yang lain.. Insyaallah..  Ganbate.. J

Buat Asu Syira serta Kak Zimah yang dikasihi... Semoga kepulangan kalian di Malaysia memberi perubahan buat tanah air kita.. Masa untuk mempraktikkan segala teori yang dipelajari.. Semoga kalian jua terus mencapai cita-cita kalian ..Kalian jua sungguh hebat.. Doakan kami disini... Insyaallah.. Ganbate.. J

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah untuk kesekian kalinya kerana Majlis Kecemerlangan Dan Anugerah Mahasiswa/wi 2012 ini telah berakhir dengan jayanya.. Alfu syukran kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak langsung. Mustahil tidak ada kekurangan dalam sesuatu majlis, namun segalanya telah diatasi dengan lancar.. Insyaallah.J
   

Persiapan sebelum Majlis
MKAP 2012 ini, adalah salah satu Program Mega yang diadakan oleh MTPANS RNSK.. Ia bertujuan untuk menghargai kecemerlangan graduan-graduan akhir yang telah tamat pengajian. Tetapi pada kali ini,pihak kami telah menggabungkan dua Program Mega sekaligus iaitu Majlis Kecemerlangan Dan Anugerah Mahasiswa/wi 2012 (MKAP) serta Majlis Penutupan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baru 12/13 (PSMB). Tahniah buat kedua-dua pengarah| Muhammad Faizul Akmal bin Zainuddin (Pengarah MKAP) dan Mohd Syazwan Harith bin Mohd Ruslan (Pengarah PSMB)|J

Terdapat beberapa perubahan yang kami lakukan daripada tahun-tahun sebelum ini antaranya kami telah memilih tempat di Crystal Hall, Sally Mall.|Kebiasaannya di Dewan Arma| Dan kami telah meraikan Para Graduanita dengan pakaian berwarna biru |Kebiasaanya hitam putih| Serta ucapan bagi Pengarah hanya dilakukan secara slideshow |cara ini jua pernah dilakukan di Majlis yang lain| dan Alhamdulillah, majlis berakhir dengan gilang-gemilang. J

Para Graduanita dengan bunga rossettenye berwarna biru.

Crystal Hall, Sally Mall. |Terletak di belakang Sarag Mall|

Adik-adik Mahasiswi Baru (Majlis turut meraikan mereka)

| Untuk PSMB | Tahniah buat Saudara Mohd Afiq bin Mohd Danial dan Saudari Siti Khadijah bt Azmin kerana terpilih sebagai Peserta Terbaik.. Jua buat kumpulan 4 (ikhwah) dan kumpulan 5 (akhawat) kerana dinobatkan sebagai Kumpulan Terbaik.J

| Untuk MKAP | Tahniah buat mereka:

  • Mahasiswa Mithali: Saudara Omar Mukhtar b Md Yunus (Jayyid Syariah)
  • Mahasiswi Mithali: Saudari Nur Hanis bt Muhamad Mansor (Jayyid Syariah)
  • Mahasiswa Tunas Harapan: Khairul Anuar b Abdul Khalid (Jayyid Syariah Tahun 2 Al Azhar)
  • Mahasiswi Tunas Harapan: Faten Sakinah bt Shawaruddin (J.Jiddan Perubatan Tahun 2 Ain Shams)
Barisan Adhoc Akhawat


Kek Gimik Majlis |Disediakan oleh Ansar (tempah je)|
Bersama Kak Limah n Dr Amin

Tayangan Slideshow Ucapan Pengarah

Timbalan Unit Disiplin & Protokol PSMB bersama
Timbalan Unit Disiplin & Protokol MKAP J
Dan kami akhiri majlis ini dengan bacaan Surah Al-Asr serta tasbih kafarah.. Seterusnya sesi bergambar..J

Barisan Adhoc MKAP bersama Ayah Malik, Pembantu Pegawai (Us Bad),
Ustaz Azhar (Perasmi), dan wakil dari Syarikat Syatibi Centre... Mabruk..

Jazaka.. Jazaka.. Jazakallahukhairan,
Walaka..walana.. Insyaallah fil jannah...
| Lagu untuk Ayah Malik (program terakhir yang ayah sertai)|

Kredit: Barisan Adhoc PSMB, Barisan Adhoc MKAP, Angkatan Techno Crew.. Wa El_Fu@isz... Syukran lakum..J

(\__/)
(,^_^)
((")(") LOVE U ALL..
TINTASAMUDERA


3 comments:

  1. assalamualikum puteri manis cik tinta @ Siti Athirah.... ALhamdulillah.. seronoknya tengok gambar2 dye...Athirah nampak tabah selalu... aamiin untuk semua doa athirah di atas..moga2 Allah permudahkan jalan untuk kita menuntut ilmu bersama....aamiin.. oh ye.... mama suhana n family dah sampai umah syue dah semalam tengok pengantin.hihi... tggu athirah pulak bile dye nak sampai serting ni..hehe...
    :) :)..tahniah trah atas semua jasa trah sepanjang dua program dalam entri ini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumssalam, ukhti mahbubah... sodiqoti fil jannh,, insyaallah biiznillah.. Alhaamdulillah syue, semuanye brjln dgn lncar... Moga ap y dhrpkan dmakbulkan o Nya.... Moge kite mngikuti jejak mreka.amin ya Robbb. Yeke, inssyaallah,, sy pasti dtg suatu hri nnt.

      Delete

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."