Ya Allah, aku bukan bersyarat padaMu, memohon tika ku duka, memohon tika ku perlukanMu, Tidak Ya Allah!! Aku bukan begitu...Aku perlukanMu dalam segenap urusan nadiku berdenyut, dalam setiap aliran darahku, dalam setiap hembusan nafasku, dalam setiap degupan jantungku, dalam setiap ayunan langkahku, dalam setiap terjahan fikiranku, dalam setiap perilakuku,.. Ya Allah, aku perlukanMu dalam mencari hakikat sebuah kehidupan. Ya Allah, aku bukan lelah dengan segala ujian yang Kau dugakan, aku bukan penat melalui cabaran yang Kau cabarkan... Aku faham bahawa ada hikmah yang tersembunyi disebalik segala yang terjadi. Aku juga bukan meminta hikmah itu diberi secara cash, tetapi pinjamkan aku sedikit katabahan untukku terus berasa yakin......
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment