Pages


Monday, March 21, 2016

:: Amalan Yang Bocor ::



ツTintaSamudera

@ Kita ambil wuduk dgn sempurna tapi membazir air. Ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita solat, sedekah, baca Al Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi kita sering memfitnah atau mengumpat orang. Ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita memberi banyak sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak. Ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat kepada ALLAH tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci. Ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita kuat beramal membaca Al Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka. Ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada org lain, atau jika kita belum berkahwin berbuat demikian dengan tujuan memikat. Ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian. Ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. Ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa ALLAH jadikan hidup kita terseksa begini. Ia umpama bekas yang BOCOR.

☺Marilah kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas. Jangan diBOCORkan bekas itu Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk
Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan ALLAH SWT di akhirat kelak. Amin


No comments:

Post a Comment

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."