ツTintaSamudera
Suatu hari si Majnun sedang lalu lalang di hadapan seorang lelaki yang sedang solat sehingga mengganggu tumpuannya. Si Majnun ketika itu sedang mencari belahan jiwanya, Laila.
Usai sahaja bersolat, maka orang yang bersolat tadi mendapatkan Majnun lalu bertanyakan soalan.
"Kenapa kau lalu lalang dihadapanku. Bukankah aku sedang solat wahai Majnun?"
Untuk seketika, Majnun menoleh ke arah lelaki tadi dengan dahi yang berkerut.
"Kenapa kau solat?"
"Kerana cinta aku pada ALLAH."
"Kau bohong!" tuduh Majnun.
"Kenapa kau bercakap sedemikian?"
"Kerana aku cintakan Laila dan kecintaan aku membuatkan aku tidak sedar akan kewujudan kau sedang bersolat, bagaimana kau yang konon mencintai sang penciptanya boleh nampak aku lalu lalang ketika kau sedang menghadapnya?
Untaian jiwa
-
Bismillahirahmanirrahim,
4 Dec 2019.
Kebetulan sungguh sis menulis pada tarikh ini. Tarikh lahir Zalika yang
sangat kental dan semangat menghadapi caba...
5 years ago
No comments:
Post a Comment