✨Selamat Ulang Tahun 'Perkenalan' kita yang ke-12. (21/11/06-21/11/18)
.
Terima kasih kerana beranikan diri cube miskol masa 21/11 dulu. Kalau tak mulakan dulu, mungkin kita bukan yang hari ini seperti ini ♥ Yelah, masing-masing ego. Aku dengan stand konon tak akan contact lelaki terlebih dulu, dan2 jatuh hati pulak pada orang tak layan perempuan ni. 😅
.
Sampaikan kawan-kawan yang tahu banyak bagi hint n tolong secara tak langsung. 🙏🏻 Thanks korang. (Btw, takyah kira berapa umur masa tu. Ketegori cinta monyet. Errrr...... Hew)
.
Masa dia nak 'kawan' dulu, aku tanya, kenapa terima untuk kawan, n dia jawab 'Dia dah istikharah dulu'. N aku rasa terduduk jugakla. Sebab aku tak sangka 'persahabatan' dia seserius ni. Sampai istikharah untuk berkawan dengan perempuan.
P/s: Masa tahun 2005 dia pernah cakap tak suka aku, padahal tah bilaaa masa aku luah aku suka dia.. 🤔 Tapi aku pun memang serius suka dia, walaupun masa tu mana terfikir lagi pasal kawen-kawen ni.
.
Tahun berganti tahun, n tak sangka still bersama dia. Even ada yang tanya "Tak bosan ke dengan orang yang sama lama-lama". -Tak.. 😘
.
Sape kata kawan lama-lama takde gaduh.🙅🏻 Banyak kali gaduh. Plus bila dah start fikir masa depan lagi banyak gaduh. Haha Dengan masa tu plan nak kawen masa 2013, dah plan semua, pergi kursus kawen, tetiba tak jadi. Nasib belum buat invitation je. Frust menonggeng, rasa dunia kelam kejap, nangis siang malam, tahajud tiap malam (cewah), sebulan larikan diri dari dia. Rasa nak cari orang lain je. Maigod 😅
.
🏷Indeed, Allah is the Best Planner. (3:54).. Kite merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah lebih tahu tentang hati dan perasaan, persediaan diri yang belum mantap mungkin masa tu. Dengan niat yang belum utuh. Allahu.
.
Dan akhirnya, 3/2018 Allah satukan juga kita.. Alhamdulillah. Semoga Allah terus satukan kita samppaaaiii di Syurga sana. 🤲🏻 Aminn.
.
Terima kasih untuk segalanya. -Ily-
#BanyaknyeTarikhKita😅
.
Setiap orang ada cerita tersendiri. Dan ini cerita aku dan dia. 💑 JAUH ITU ADA RINDU YANG TAK SUDAH..... 😢
…
#sitiathirah92 #iraiz92 #TravelogCintaIraiz92 #LoonngStory #12Years #StillCounting #TillJannah ^^
Untaian jiwa
-
Bismillahirahmanirrahim,
4 Dec 2019.
Kebetulan sungguh sis menulis pada tarikh ini. Tarikh lahir Zalika yang
sangat kental dan semangat menghadapi caba...
5 years ago
No comments:
Post a Comment