Bila berjauhan dengan suami macam ni. Teringat detik-detik lepas berumah tangga, yang ketika itu merasa marah dan geram tapi bila teringat ni rasa macam kenangan yang mencuit hati dan tersenyum serta tergelak sorang-sorang.. Itulah lelaki dengan dengan sifat-sifat lelaki. Dan perempuan dengan sifat-sifat perempuan..
LELAKI ITU LURUS.
-Fakta ni sangat betul. Masa duduk ngan family tak terasa sangat bila ada adik beradik lelaki yang sebenarnya memang lurus. Tapi bila dengan suami ni. Haisshh, memang terasa sungguh n hilang jugak sabar. Antara yang paling aku ingat. Masa tu di Mesir, pegawai pulang ke Malaysia dalam 3 minggu dan suruh aku n suami duduk jagakan rumah die. So, dapatla aku duduk berduaan dengan suami menjalani kehidupan suami isteri tanpa orang ketiga, keempat, kelima dll. Haha
Aktiviti biasa seorang isteri aka perempuan masak, kemas dll tu kan.. Satu hari aku cakap kat suami, "Erm dah banyak dah semut kat sampah ni".. Suami pn iyekan aje.. Cube teke dulu ape yang aku nak sampaikan. Hahha Ye. Aku nak minta tolong dia buangkan sampah. Tapi taaakk jugak faham-faham. Then, lepas sehari camtu jugak. Sampailah aku geram, aku masak dengan moody, lepas tu terus kemas-kemas tanpa cakap ape-ape ngan dia. Plus muka tu muncung n masam sikit. Pastu amik penyapu sapu bilik dll.. Pastu aku tak layan dia, solat sendiri n tengok tv sorang-sorang. Nampak dia lalu pergi buang sampah. Aduuuh,, lamenyeee nak faham. Masa dah ok tu, aku cakap. "Ish lelaki ni memang lurus, susahlah nak cakap kias-kias. Takkan tak faham hint kot.." Suami jawab "Lelaki memang macamtula. Taknak fikir complicated. Terus jee cakap senang." .. "Ok, lepas ni honey cakap terus, abg tolong buang sampah ye. Tu pun tak faham. Dekat je nak buang kat luar tu. Honey ni kalau tkyah nak pakai lengkap tudung stoking bagai, boleh je terus g buang." Aku dah start bebel. Die senyum je n cakap "Aah, cakap je terus, takyahla cakap pasal semutla apelah."..."Ok, fine".
Hahahaha Masalahnya perempuan ni tetap ngan perangai dia nak lelaki tu faham dengan sendiri. Lebih-lebih lagi bile tengah merajuk. Aduss.. Guane. Ok2. Trying to frankly speaking lerr..
Miss u husband.. ♥
Untaian jiwa
-
Bismillahirahmanirrahim,
4 Dec 2019.
Kebetulan sungguh sis menulis pada tarikh ini. Tarikh lahir Zalika yang
sangat kental dan semangat menghadapi caba...
5 years ago
No comments:
Post a Comment