Pages


Monday, June 27, 2011

:: Tawakal Adalah Keajaiban Hidup ::





Kita melalui proses, makin hari kita akan makin bertambah umur kita. Tidak ada siapa yang boleh menjangka apa yang akan berlaku pada besok hari, secara tepat, boleh mengagak mungkin. Tetapi Allah yang menentukan kehidupan ini. Kadang-kadang perkara yang kita rasa kita tak boleh buat, jika Allah izinkan, ia berlaku. Dan ada orang merasakan ia besar, dengan segala kekuatannya, tiba-tiba ia gagal dalam hidupnya. 
Dulu masa kita sekolah, kita kene ingat kawan-kawan kita yang dapat nombor 1, nombor 2, tapi bukan semua yang dapat nombor yang baik-baik itu akhirnya menjadi orang yang hebat.


Sahabat sekalian,,,
Dalam agama, antara perkara besar yang agama tekankan dalam soal aqidah, ialah bab yang dinamakan dengan tawakal. Insan bergantung dengan Allah SWT.. Manusia disuruh berusaha, tapi manusia kena yakin bahawasanya, atas segala usahanya,  kuasa yang lebih besar ialah kuasa Allah SWT. Sebab tu Allah berfirman: 



ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه إن الله بالغ امره قد جعل الله لكل شىء قدرا

Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.  Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.



Ayat ni orang Melayu panggil "Ayat 1000 Dinar" walaupun orang melayu guna duit RM.. Kita tak panggil ia 1000 Dinar atau apa-apa, ia ayat dari Surah At-Thalaq, ketika Allah menceritakan nasib-nasib wanita yang ditalaq dan juga nasib manusia keseluruhannya. Allah mengingatkan kepada mereka dan kepada kita. Siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah jadikan untuknya jalan keluar, dan Allah rezkikan dia dengan jalan yang dia tak sangka, rezki datang dengan jalan yang kita sangka dan yang kita tak sangka.  Orang selalu sangka, rezki tu gaji dia,  tapi kadang-kadang dia dapat makan, dia dapat macam-macam yang Allah beri dalam hidup dia, tanpa dengan usaha dia. Kalau bergantung dengan kadar kebijaksanaan dia, mugkin dia tak dapat semua itu, tapi Allah telah memberikan berapa banyak kurnia dalam hidup kita. Semata-mata kurniaan "Yang Maha Memberi Rezki".


"...Dengan berzikir kepada Allah

gumpalan ketakutan........

kecemasan dan kesedihan.....

akan lenyap.

Lebih dari itu,

dengan berzikir kepada Allah

tompokan beban hidup

dan masalah kehidupan

akan hilang...."




Sahabat sekalian,,,


 TAWAKAL adalah KEAJAIBAN HIDUP.. "Allah Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri, yang menguasai segala urusan, yang menguruskan, yang menegakkan, dengan rahmatMu ku memohon pertolongan,  baikilah untukku urusanku keseluruhannya. Dan jangan Kau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip  mata."  

Allah, tolonglah urus urusan ini, mengharungi kehidupan dengan cabaran-cabaran kehidupan, setiap orang ade masalah dengan kehidupan seharian, kadang kala kita apabila kita bergantung dengan kemampuan kita, kita rasa kita lepas. Kita tak lepas sebenarnya... Tapi apabila Allah yang menakdirkan kita urusan kita... Masyaallah...... ia jadi sangat cantik. Apabila Allah menguruskan urusan ini, ia menjadi sangat ajaib. Banyak perkara yang orang sangka dalam kehidupan ini, kita menang. Tapi jika Allah tidak izinkan kita, kita kalah. Dan ada perkara yang orang sangka kita kalah, tapi dengan kita bergantung kepada Allah, Allah memberikan keajaiban di luar jangkaan manusia.


 "Orang-orang yang dikatakan kepada mereka...

Nun disana, orang-orang sedang berkumpul

untuk mengambil tindakan kepada kamu..

Takutlah kamu kepada mereka.. 

bertambah iman mereka.

Mereka berkata,

Cukuplah bagi kami ini Allah,

kepada Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan.."



Sahabat sekalian,


Kita ada kehidupan, kita tak boleh menjangka apa yang bakal berlaku.. Berbagai-bagai lagi, mudah-mudahan kita bergantung kepada Allah. Ada kadang-kala Allah uji kita dengan berbagai-bagai ujian... Kita pun  berasa.. " Ya Allah.....habislah akuuu!!!!!"  tapi jika kita yakin "Hasbunalllah wa ni'mal waqil"  Masyaallah, entah berapa banyak kita lalui dugaan perjalanan dalam hidup, hari ini telah pun Allah keluarkan kita daripadanya. Sebab itu, bab tawakal ini bab aqidah, apabila manusia boleh meyakinkan, bahwa dia bergantung kepada Allah,, bulat imannya, disamping dia sentiasa berusaha. tapi hatinya sentiasa mengharap pada Allah.. Kita akan tengok kehidupan kita ini berjalan dari satu peringkat kepada satu peringkat, sehingga kita bertemu Allah.


Diriku menulis, bukanlah sekadar untuk mengisi masa, tapi kita berharap, kita  mendapat sesuatu yang membolehkan kita berhubung dengan Allah, menjadi hamba-Nya dan faham hukum-hakam-Nya. Dan kita akan mengutamakan apa yang kita faham daripada kehendak Allah dan Rasulullah SAW, lebih daripada apa yang orang lain nak kita faham, dan kita rela berbeza dengan orang, jika kita pasti itu ada dalam kitab dan sunnah Rasulullah..... TS


ucapan dari Dr Asri.... Barakallah...... 


:: Sayang Ayah ::







Khas buat menghargai segala pengorbanan seorang ayah... Tanpa ayah, tiadalah diriku... Terima kasih ayah buat segalanya.........


Thursday, June 23, 2011

:: Sabar Itu Indah ::





Di dalam menempuh liku-liku kehidupan ini, bermacam-macam perkara yang akan kita hadapi. Allah telah menciptakan serba dua di alam ini, ada tinggi ada rendah, ada malam  ada siang, ada sakit ada sihat, begitu juga ada sedih ada gembira. Dalam hal seperti ini ramai yang sesat akibat tidak dapat mengawal nafsu dan tidak sabar menghadapi ujian.

Kita selaku umat Islam, yang mempunyai kekuatan iman, tentu tidak akan mudah tersesat akibat dari bahaya yang menimpa kerana orang yang mempunyai iman yang mantap dia yakin bahawa apapun yang terjadi di dunia ini, adalah menurut kehendak Allah SWT. Dialah yang mengatur alam semesta, sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Buruj ayat 16 maksudnya: "Dialah yang Maha Kuasa yang berbuat sekehendak-Nya."

Kalau itu sudah diimani, tentu manusia ini akan redha menerima apa yang diberikan oleh Allah kepadanya. Kita  menuju ke arah kebaikan, memperkuat kesabaran dalam diri berpandukan perintah Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya kamu beroleh kemenangan." (Surah Al-Imran ayat 200)

Demikian jelaslah perintah Allah, menyuruh manusia agar bersabar dalam segala hal.Tapi yang lebih penting untuk kita sabari adalah perasaan kekurangan dalam kehidupan seperti kematian orang yang dicintai, jatuh miskin setelah kaya, atau ketakutan yang menimpa, hal ini diterangkan oleh Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud: "Dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."

Allah menyampaikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Mereka yang sabar dalam menghadapi semua rintangan hidup akan diberikan ganjaran oleh Allah dengan pahala yang berlipat ganda.
Siapa itu yang dikatakan orang yang sabar? Dalam ayat seterusnya dijelaskan, "Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka akan mengucapkan Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raaji'un. (Sesungguhnya kami berasal dari Allah dan kepadaNya jua kami kembali.)" (surah al-Baqarah ayat 156)

Adapun ganjaran kepada orang yang sabar itu ialah merupakan rahmat dan petunjuk dari Allah, sudah tentu kasih sayang Allah pada orang yang bersabar itu amat tingggi sebagaimana yang dalam surah az-Zumar ayat 10 yang bermaksud, "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar sahajalah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."

Jelas, bahawa Allah akan mencukukan pahala bagi orang-orang yang sabar itu tanpa batas.Bila nikmat Allah datang, dia bersyukur dan tidak pernah lupa diri, tetapi bila tiba kesusahan, dia bersabar dan tidak berputus asa. Kemelaratan itu tidak akan membawanya pada lupa dengan tanggungjawab malahan dia bertambah menjadi taat dan berdoa. Sebenarnya, semua yang ada pada manusia hanyalah sekadar amanah Allah SWT....

Justeru, kita sebagai seorang Muslim, jadikan diri anda seorang yang sabar dalam menghadapi semua semua aspek kehidupan, jangan berputus asa di waktu susah dan jangan lupa diri di kala senang dan berkuasa... TS


Monday, June 13, 2011

:: Mari Mengkaji Mengenai Organ Pendengaran Anda ::

Assalamualaikum,, rasa seakan malas nak update blog, tapi hari ni tetibe tangan rajin nak menaip, copy dan paste. Pada entri kali ini, TS akan mempamerkan jurnal mengenai "Telinga",,, termasuklah organ-organ dalam telinga dan juga kesakitan yang dialami. Kenapa tetiba TS nak merungkai mengenai ini, barangkali kerana TS sedang mengalami sakit telinga sekarang.. Selain itu juga, nak ulangkaji balik pelajaran science yang dah lame sangat tak ulang kaji.. Betul-betul menghafal and bace time nak PMR dulu... sebab masuk periksakan.. Time tu tok sah cakap... Memang hafal sume organ-organ dalam telinga ni, dari telinga luar sampai ke dalam... Tapi sekarang kene check it out balik buku kalau nak faham.... Gitulah kisahnya... ok... Teruskan membaca untuk pengetahuan....

PENGENALAN

::Bahagian-bahagian telinga::

1.  Telinga luar
Doktor di klinik akan lihat ke dalam telinga dengan menggunakan lampu khas yang dipanggil otoscope. Paling jauh doktor dapat lihat hanya sampai ke gegendang sahaja. Dengan otoscope ini doktor tidak boleh lihat telinga tengah atau telinga dalam. Sekiranya terdapat apa-apa objek yang dimasuki ke dalam bahagian ini atau tahi telinga (earwax) ia dapat dilihat dengan jelas. Begitu juga kalau dinding telinga bengkak dijangkiti kuman ia juga dapat dilihat dengan jelas.

::Telinga Luar::

2. Telinga Tengah
Telinga tengah dipisahkan dari telinga luar oleh gegendang. Telinga tengah tidak dapat dilihat oleh doktor dengan otoscope. Ia seperti bilik yang terletak antara telinga luar dan telinga dalam. Telinga dalam bersambung dengan kerongkong dengan satu saluran yang dipanggil tiub Eustachian. Oleh kerana telinga tengah ini bersambung dengan kerongkong, bermakna ia berhubung secara langsung dengan hidung dan luaran. Oleh kerana itu tekanan dalam telinga tengah adalah sama dengan tekanan di luaran.

::Telinga Tengah dan Dalam::


Apa itu gegendang?
Gegendang atau Ear drum adalah selaput kulit yang sangat-sangat nipis. Ia memisahkan telinga luar dan telinga tengah. Tugasnya ialah untuk menghantar bunyi yang masuk ke telinga luar ke telinga tengah. Sekiranya gegendang pecah bunyinya akan berkurangan tetapi tidak 100% pekak.
Gegendang amat senang pecah. Jadi, hati-hati jika memasukkan apa-apa objek ke dalam telinga. Walaupun pecah, kebiasaannya ia boleh tumbuh kembali dengan syarat faktor yang membuatkannya pecah mestilah dihindari.

3.Telinga Dalam
Selepas telinga tengah ialah telinga dalam. Di sini sama dengan telinga tengah ia tidak dapat dilihat dengan otoscope.

Ada 2 fungsi
  1. Pendengaran (Coclea)
  2. Imbangan atau balance (vestibule dan semicercular canals)
Bahagian ini berhampiran dengan otak dan dipenuhi dengan sistem saraf.


PUNCA-PUNCA SAKIT TELINGA

Telinga Luar

Kulit lubang telinga luar adalah seperti kulit bahagian badan yang lain. Ia juga mempunyai liang peluh dan liang minyak.

 1. Kecederaan secara langsung oleh objek keras ke dalam lubang telinga luar. Seperti apabila telinga terasa gatal gatal, seseorang itu mungkin akan menggunakan objek keras untuk menggaru lubang telinga dan mengakibatkan melecet dan seterusnya dijakiti kuman.
2. Jangkitan kuman di bahagian liang bulu roma kulitnya dan mengakibatkan bisul.
Tahi telinga (earwax)  terdiri dari kekotoran seperti habuk, kulit-kulit kering, peluh, minyak kulit (sebum). Tahi telinga tidak mendatangkan sakit telinga tetapi sekiranya ia terlalu padat dan keras ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman di telinga luar juga.

Telinga Tengah
Telinga tengah bersambung dengan kerongkong, mulut dan hidung. Oleh itu kuman yang menjangkiti bahagian ini boleh merebak masuk ke telinga tengah melalui tiub Eustachian dan kuman membiak di dalam bilik telinga tengah sehingga dipenuhi dengan nanah.
Nanah yang terjadi membuatkan tekanan tinggi dalam telinga dalam ini dan menyebabkan seseorang itu mengadu sakit telinga yang amat sangat.
Bila tekanan terlampau tinggi gegendang telinga akan pecah maka keluarlah segala nanah dari telinga dalam tersebut.
Pada waktu ini sakit telinga akan berkurangan kerana tekanan sudah tiada lagi akibat gegendang yang telah pecah tetapi waktu ini telinga dipenuhi dengan nanah.
Oleh itu jika seseorang mengalami selsema yang berpanjangan walaupun sedikit, jangan ambil tidak peduli kerana satu hari mungkin ia boleh menyebabkan telinga seseorang itu bernanah.

Telinga Dalam
Telinga dalam di penuhi dengan saraf dan alat pendengaran (cochlear) dan alat imbang (vestibular) yang sangat sensitif. Ia berhampiran dengan otak. Sakit bahagian ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, radang disebabkan oleh bunyi yang terlalu kuat, bahan kimia atau kesan sampingan ubat-ubatan.
Disebabkan oleh telinga dalam fungsinya ialah pendengaran dan imbangan serta berhampiran dengan otak maka seseorang yang mengalami sakit telinga dalam juga mengalami simptom yang lain seperti pening pusing, muntah, keaadan yang tidak seimbang dan kurang pendengaran.

Rawatan
Biasanya klinik swasta boleh mengubati jika sakitnya di bahagian luar atau tengah. Sekiranya melibatkan telinga dalam adalah baik jika berjumpa dengan doktor pakar ENT untuk menjalani ujian untuk memastikan bahagian khusus yang terlibat.

Demikianlah serba sedikit mengenai kesihatan... Jika ingin bertanya soalan atau ingin pengetahuan yang lebih.. Sila layari laman web ini  untuk bertanya kepada doktor yang lebih pakar....


Sekian dari saya.... TintaSamudera

Tuesday, June 7, 2011

:: Suasana Itu ::


Gemersik fajar kembali lagi, menyaluti segenap sekeping hati,
memukimkan rindu yang bertandang, menggamit-gamit SUASANA ITU.
RINDU,,,,,
pada pintu gerbang itu, pada laluan masuk ke dalam,
pada pepohon yang menyapa setiap ayunan langkah,
pada kelas, padang, musolla, asrama, mat'am,
dan pada ukhwah yang tersemai antara kita.......


RINDU,,,,,
pada kemesraan dan teguran Ustaz Idris,
pada salawat Ustaz Khedr,
pada keibuan Ustazah Ismariah,
pada senyuman Ustaz Nasir,
pada kesungguhan Ustaz Taufiq,
pada nada arudh Ustaz Adenan,
pada sempoi Ustaz Ezaddin,
pada lawak Ustaz Shahrizan,
pada jasa dan kenangan bersama guru-guru....
RINDU,,,,,
pada kitab-kitab pembelajaran,
pada alat-alat tinta, kertas dan dakwat,
pada deretan katil yang tersusun kemas,
pada hamparan indah permaidani.....


RINDU,,,,,,
pada aktiviti-aktiviti sepanjang hari,
pada tulisan-tulisan nota,
pada loker bernombor 8,
pada  jogging bersama teman-teman,
pada berebut di dewan selera,
pada berlumba menuju ke musolla.....


RINDU,,,,,,
pada alunan azan dari bilal,
pada lunak bacaan imam,
pada syahdunya tika berzikir,
pada  semangatnya tatkala bermadeh....


RINDU.........
pada jualan acik kereta setiap malam,
pada jualan dari Ustazah Wirda,
pada kurasan dan arus billaban Ustaz Khedr,
nak makan di kedai Hafiz dengan teman-teman,
nak makan cendol dengan sahabat handai,
nak pergi bazar ramai-ramai bila tiba Ramadhan,
pakat ramai-ramai raya rumah guru-guru.....
RINDUUU....
SERINDU-RINDUNYA...
kerana kini ku......
 tidak mengalami masa-masa itu,
tidak merasai kemanisan-kemanisan itu,
tidak mendengar lagi teguran-teguran sahabat,
tidak mendengar rafakan semangat dari sahabat....
Walau......
apapun yang bakal terjadi,
segalanya tidak akan berulang kembali,
cuma,
yang masih tersemat dan akan terus kekal,
kenangan-kenangan indah,
silaturrahim antara kita,
yang bercambah dan bersemi,
tulus kerana Allah...
Semoga berkekalan hingga keakhirnya...
Amin..

Maahad STAM 2010...

Monday, June 6, 2011

:: Hamba-Mu ::








Lirik Lagu Hamba-Mu...

Mawi feat Akhil Hayy

(Lagu Tema Imam Muda)


Ke arah satu perjalanan

dalam sebuah kehidupan

demi untuk mengecapi

hasrat murni di dalam hati


c/o  Usaha dengan doa

masanya akan tiba

dengan restu ilahi

kelak pasti akan ditemui


*Suluhkan cahaya di hati terang

tunjukkan jalan seandainya hilang

tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh

tegakkan semangat bila runtuh


Setibanya di sisi-Mu ku berserah

terimalahku

hamba-Mu Allah 2x


Sekiranya takdir menguji

cekalkanlah hasrat di hati

semoga kesusahan bisa

mengajar erti terus azam


ulang c/o

ulang *


Allah Ya Allah

dengan restu ilahi

kelak pasti akan ditemui


ulang *




p/s: Lagu tema blogku yang keempat... sama-sama hayati......

dari seorang teman...


:: Taubat ::


Lirik Lagu Taubat-Opick

wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berikanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...


p/s: lagu tema blog yang ketiga.....

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."