Pages


Monday, June 13, 2011

:: Mari Mengkaji Mengenai Organ Pendengaran Anda ::

Assalamualaikum,, rasa seakan malas nak update blog, tapi hari ni tetibe tangan rajin nak menaip, copy dan paste. Pada entri kali ini, TS akan mempamerkan jurnal mengenai "Telinga",,, termasuklah organ-organ dalam telinga dan juga kesakitan yang dialami. Kenapa tetiba TS nak merungkai mengenai ini, barangkali kerana TS sedang mengalami sakit telinga sekarang.. Selain itu juga, nak ulangkaji balik pelajaran science yang dah lame sangat tak ulang kaji.. Betul-betul menghafal and bace time nak PMR dulu... sebab masuk periksakan.. Time tu tok sah cakap... Memang hafal sume organ-organ dalam telinga ni, dari telinga luar sampai ke dalam... Tapi sekarang kene check it out balik buku kalau nak faham.... Gitulah kisahnya... ok... Teruskan membaca untuk pengetahuan....

PENGENALAN

::Bahagian-bahagian telinga::

1.  Telinga luar
Doktor di klinik akan lihat ke dalam telinga dengan menggunakan lampu khas yang dipanggil otoscope. Paling jauh doktor dapat lihat hanya sampai ke gegendang sahaja. Dengan otoscope ini doktor tidak boleh lihat telinga tengah atau telinga dalam. Sekiranya terdapat apa-apa objek yang dimasuki ke dalam bahagian ini atau tahi telinga (earwax) ia dapat dilihat dengan jelas. Begitu juga kalau dinding telinga bengkak dijangkiti kuman ia juga dapat dilihat dengan jelas.

::Telinga Luar::

2. Telinga Tengah
Telinga tengah dipisahkan dari telinga luar oleh gegendang. Telinga tengah tidak dapat dilihat oleh doktor dengan otoscope. Ia seperti bilik yang terletak antara telinga luar dan telinga dalam. Telinga dalam bersambung dengan kerongkong dengan satu saluran yang dipanggil tiub Eustachian. Oleh kerana telinga tengah ini bersambung dengan kerongkong, bermakna ia berhubung secara langsung dengan hidung dan luaran. Oleh kerana itu tekanan dalam telinga tengah adalah sama dengan tekanan di luaran.

::Telinga Tengah dan Dalam::


Apa itu gegendang?
Gegendang atau Ear drum adalah selaput kulit yang sangat-sangat nipis. Ia memisahkan telinga luar dan telinga tengah. Tugasnya ialah untuk menghantar bunyi yang masuk ke telinga luar ke telinga tengah. Sekiranya gegendang pecah bunyinya akan berkurangan tetapi tidak 100% pekak.
Gegendang amat senang pecah. Jadi, hati-hati jika memasukkan apa-apa objek ke dalam telinga. Walaupun pecah, kebiasaannya ia boleh tumbuh kembali dengan syarat faktor yang membuatkannya pecah mestilah dihindari.

3.Telinga Dalam
Selepas telinga tengah ialah telinga dalam. Di sini sama dengan telinga tengah ia tidak dapat dilihat dengan otoscope.

Ada 2 fungsi
  1. Pendengaran (Coclea)
  2. Imbangan atau balance (vestibule dan semicercular canals)
Bahagian ini berhampiran dengan otak dan dipenuhi dengan sistem saraf.


PUNCA-PUNCA SAKIT TELINGA

Telinga Luar

Kulit lubang telinga luar adalah seperti kulit bahagian badan yang lain. Ia juga mempunyai liang peluh dan liang minyak.

 1. Kecederaan secara langsung oleh objek keras ke dalam lubang telinga luar. Seperti apabila telinga terasa gatal gatal, seseorang itu mungkin akan menggunakan objek keras untuk menggaru lubang telinga dan mengakibatkan melecet dan seterusnya dijakiti kuman.
2. Jangkitan kuman di bahagian liang bulu roma kulitnya dan mengakibatkan bisul.
Tahi telinga (earwax)  terdiri dari kekotoran seperti habuk, kulit-kulit kering, peluh, minyak kulit (sebum). Tahi telinga tidak mendatangkan sakit telinga tetapi sekiranya ia terlalu padat dan keras ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman di telinga luar juga.

Telinga Tengah
Telinga tengah bersambung dengan kerongkong, mulut dan hidung. Oleh itu kuman yang menjangkiti bahagian ini boleh merebak masuk ke telinga tengah melalui tiub Eustachian dan kuman membiak di dalam bilik telinga tengah sehingga dipenuhi dengan nanah.
Nanah yang terjadi membuatkan tekanan tinggi dalam telinga dalam ini dan menyebabkan seseorang itu mengadu sakit telinga yang amat sangat.
Bila tekanan terlampau tinggi gegendang telinga akan pecah maka keluarlah segala nanah dari telinga dalam tersebut.
Pada waktu ini sakit telinga akan berkurangan kerana tekanan sudah tiada lagi akibat gegendang yang telah pecah tetapi waktu ini telinga dipenuhi dengan nanah.
Oleh itu jika seseorang mengalami selsema yang berpanjangan walaupun sedikit, jangan ambil tidak peduli kerana satu hari mungkin ia boleh menyebabkan telinga seseorang itu bernanah.

Telinga Dalam
Telinga dalam di penuhi dengan saraf dan alat pendengaran (cochlear) dan alat imbang (vestibular) yang sangat sensitif. Ia berhampiran dengan otak. Sakit bahagian ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, radang disebabkan oleh bunyi yang terlalu kuat, bahan kimia atau kesan sampingan ubat-ubatan.
Disebabkan oleh telinga dalam fungsinya ialah pendengaran dan imbangan serta berhampiran dengan otak maka seseorang yang mengalami sakit telinga dalam juga mengalami simptom yang lain seperti pening pusing, muntah, keaadan yang tidak seimbang dan kurang pendengaran.

Rawatan
Biasanya klinik swasta boleh mengubati jika sakitnya di bahagian luar atau tengah. Sekiranya melibatkan telinga dalam adalah baik jika berjumpa dengan doktor pakar ENT untuk menjalani ujian untuk memastikan bahagian khusus yang terlibat.

Demikianlah serba sedikit mengenai kesihatan... Jika ingin bertanya soalan atau ingin pengetahuan yang lebih.. Sila layari laman web ini  untuk bertanya kepada doktor yang lebih pakar....


Sekian dari saya.... TintaSamudera

No comments:

Post a Comment

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."