Panas hari ini bukan menjanjikan panas selamanya. Namun, "Panas" itu masih lagi kedengaran desas-desusnya. Alhamdulillah, hampir 3 hari berlalu setelah kami dapat kerajaan 'baru'. Ala kullihal, aku tetap mengucapkan syukur pada Allah, walaupun hakikatnye hati aku menangis dengan keputusan itu. Aku tidak berburuk sangka dengan Allah, tapi aku sentiasa yakin bahawa Allah sedang menjanjikan sesuatu untuk kami..
Aku redha sebab ape? Sebab Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Mungkin ada diantara kami belum mampu untuk mentadbir, Allah itu lebih tahu. Tapi itu bukan bermakna "dia" lebih baik dalam urusan pentadbiran, jauh sekali untuk aku nyatakan seperti itu.
Aku mula mengahadam kembali bagaimana sejarah Sultan Al Fateh. Disebut dalam Al Quran, mereka adalah sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera.. Ayat ini membuatkan air mata aku kembali mengalir. Masakan tidak, mereka yang sejarahnya tercatat dalam Al Quran pun Allah tangguh kemenangan untuk mereka, inikan pula kita.. Umat akhir zaman ini. Banyak lagi yang perlu kita perbaiki. Tegakkan Islam dalam diri kita dahulu, maka akan tertegak Khilafah Islamiah itu. Allah. Allah.... (!_!)
Tapi jauh di sudut hati aku, dari apa yang aku lihat, ramai di antara kita telah sedar.. Itu yang membuatkan hati aku menangis kegembiraan. Menang itu tak menjanjikan apa-apa, melainkan jiwa-jiwa ini yang menang membawa semangat buat aku..
Aku tidak mahu mengulas panjang, cuma aku ingin berceloteh di dunia blog aku ni.. Bak kate kawan aku.. "Blog aku, aku punye sukelah.." Haha... So far, ade sebahagian orang ambil jalan tengah dengan alasan aku tidak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya golongan ini terlepas dari berburuk sangka sesama manusia.
Banyak dari perbualan dan laman sesawang yang aku ade terbace, mereka berkata.. "Sesama Melayu pun nak gaduh.. Dah la sama agama.." "Kutuk2 kerajaan tapi ambil jua semua yang kerajaan bagi..".. Jujur, aku tak setuju dengan statement tak berasas tu..
Macam inilah wahai pembaca yang budiman. Adakah kita mengerti apakah yang dimaksudkan dengan TANGGUNGJAWAB?? Tanggungjawab ini terpatri dalam setiap ciptaan yang bernama manusia khasnya. Mari saya bawakan satu analogi untuk kita renungkan (dari seorang sahabat)...
{Terdapat sebuah keluarga, ayah, ibu dan anak-anak. Si ayah telah menyediakan semua kelengkapan untuk anak-anak dan isterinya. Si ayah menyediakan duit belanja, pakaian sekolah, memberi nafkah pada isteri dan anak-anak dan segalanya. Keesokannya, Si ayah bertemu dengan jiran-jirannya, "Nak tahu semua, aku telah menyediakan segala keperluan untuk anak-anak dan isteri aku. Lengkap semuanya." Jika, aku di tempat jiran-jirannya, aku akan berkata.."Sudah tentu si ayah akan menyediakan segala keperluan untuk anak dan isterinya. Siapapun yang menjadi ayah akan melakukan hal yang sama. Wajarkah untuk si ayah mencanangkan segalanya walhal semua orang dah tahu itu memang tanggungjawabnya???}
Nah, ini yang aku maksudkan, sesiapa sahaja yang menjadi pemerintah akan berbuat perkara yang sama. Taki kiralah UMNO ke, PAS ke, PKR ke dan ape sahaja.. So, WAJARKAH kita menjadikan itu alasan untuk berhujah ? TIDAK WAJAR sama sekali. Tambahan pula, itu memang hak rakyat... HAK kita..
Maaf untuk mereka yang tidak faham. Aku bawakan analogi ini untuk mereka yang mampu berfikir dengan mata hati, yang mampu berfikir dengan ilmu, dan yang mampu berfikir dengan akal yang sihat. Bukan untuk mereka yang berfikir dengan nafsu..
Banyak lagi yang ingin aku celotehkan. Tapi cukuplah sekadar ini dahulu..
Last, but not least. cukuplah aku katakan.. ISLAM IS THE WAY OF LIFE....... ^^
Wallahua'lam..
TAKBIR... ALLAHU AKBAR... ALLAHU AKBAR... ALLAHU AKBAR...
No comments:
Post a Comment