Pergerakan aku sumbang.. Rase tak senang duduk, sejak celiknya mata Subuh tadi sehingga sekarang. Hari ni akan diumumkan keputusan yang selama ini dinanti.. Islam is the way of life. Dadaku berombak kencang, ibarat ombak yang sedang memukul pandai bertalu-talu..
Adakah penantian selama ini akan berakhir. Melihat Islam tertegaknya di Malaysia. Bukan kerana untukku, tapi untuk kita semua. Kembali semula. Jika Islam itu yang jelas kita nampak dari parti itu, maka why not kita berjuang untuk itu.
Kita tak memerlukan harta yang banyak untuk menang. Kita hanya perlu Allah. Kita tak perlu tentera yang ramai untuk menang. Kita hanya perlu Allah. Jika Allah memenangkan Ahli Badar yang hanya 300++ orang berhadapan dengan 1000 orang, tak mustahil Allah menghantar tentera langit untuk perjuangan ini juga.
HIJAU itu adalah wasilah. Mengapa ditakuti dengannya? Sedangkan apa yang digariskan bukan hukumnya tapi HUKUM ALLAH.. Kalian takuti kerana tahu bahawa itu benar. Maka kalian sendiri yang membenarkan apa yang sememangnya benar. ..
Kita inginkan pemimpin yang meletakkan ALLAH dan RASUL yang pertama, yang teratas. Kita perlukan pemimpin yang CINTA ALLAH dan RASUL..Semua di tangan kita. Salah kita memilih pemimpin maka gelaplah masa depan negara. Pimpinan itu amanah. Jika kita menyerahkan amanah kepada yang bukan ahli, maka kita sedang melihat kehancuran..
Bercakaplah kebenaran walaupun kamu nampak kehancuran dihadapanmu kerana akan ada pertolongan ALLAH yang besar nanti.. Undilah kerana agamanya, bukan kerana aku janjinya.. Aku janji hanya di dunia tapi agama selama-lamanya.
Sedang mempersiapkan hati agar redha dengan segala ketentuannya..
Maaf kerana aku bersuara, tapi aku berhak bersuara kerana akulah generasi pelapis akan datang.. Dan kerana aku memikirkan generasiku yang akan datang..
Hentikan segalanya.. JOM UBAH.... Bila lagi? INI KALILAH.... Untuk sape? Kita UMAT ISLAM..
Islam bukan hanya pada IC sahaja. Jika kami salah, maka tegurlah..
Takbir.. ALLAHU AKBARRRRR..... ALLAHU AKBARRR.. ALLAHU AKBARRRR.. ^^
No comments:
Post a Comment