Assalamualaikum sayang mama..
Wat pe tu.. Tido ke? Lapar tak? Mama lapar ni. 😢Hahaha Btw tu gambar masa mama n ayah tengah honeymoon, honeystar, honeysun kat Hurghada Mesir. Mase ni sayang dah ada dalam 4-5 minggu tapi mama tak tahu..
Dahla masa kat sana mama lasak sangat, main ATV, siap langgar-langgar dentum kuat-kuat lagi. Belum lagi naik spider car. Tu pun sama, ade orang langgar kereta mama, gegar die tkyah cakap. Naik kuda, naik unta.. Lepas tu siap mama snorkling, berenang kuak lentang yang pakai tenaga banyak lagi. Tapi sebab mama tak tahu. Kuat sayang mama ni. Alhamdulillah semua baik2.
Dah balik dari jaulah tu, mama cuma pelik sebab period mama lambat. Mama biasanya on time. Tapi masa tu lewat. Ayah pun dah tanya-tanya, tapi mama cuma smile sebab taknak mengharap konon.. Jauh disudut hati yang paling dalam, mengharap jugak sebenarnya. Aunty Nani pun perasan mama lewat period n dia pun asyik dok tanya2.
Mama bukan ape, sebab sebelum tu mama dah ada tanda2 nak period. Jadi, bagi mama nak datang la cuma lewat. Mesej ummilong. Cerita dan tanya-tanya kat die. Die pun ape lagi excited siap suh mama beli pregnancy test. So, ayah n mama belilaaa.
Ayah pun excited nye lahai.. Ayah siap google lagi simptom2 ibu hamil. N ayah kate semua tu ade tanda2 kat mama. Hahaa Macam-macam..
Esok pagi2 mama pun try la test. Debar die takyah kate la kan.. Hahhaa
Lepas cek, mama tunggu n tengok satu line je keluar. Ok.. Mama tarik nafas n keluar bilik air. Mesej ummilong dulu. Mama cakap "Ayong, hehe negatiflah. Maybe mmg lewat period" Pastu Ummi kate takpela, send sini gambar test. N tetiba ummilong kate 'Ni positifflaaaa'. Mama pun dub dap balik. Sebab line satu lagi sangat la cair. Mama rase mcm bukan je. Ummilong kate, kalau negatif die akan kluar satu line clear. Yang sebelah tu kosong. Ok, mama tak pandai tengok. Pastu ummilong kate, ok die tanya kawan nurse die dulu. Belum pape lagi, ummilong baru send gambar kawan die dah balas Positif.. Hehhee Jadi mama gtau ayah tapi dalam pada tu cakap jela belum konfem selagi belum cek dokter.
So, lepas seminggu dari tu baru mama cek dokter, konon nak surekan lagi memang tak kuar period. Dan Alhamdulillah. I see u besar biji kacang hijau je. Mama sayang sayang...
Tapi lepas tahu tu.. Masuk 6 minggu macam dalam google cakap, emosi start tak stabil. Hahaha Mama dah start nausea teruk. Tak leh makan itu ini. Semua aunty Nani yang siapkan n masak. Tak pun yang boleh makan cuma mee celup je. Ayah pun hari2 teman mama g makan sana. Sian ayah banyak kuar duit. Hee Mama pun dah mula marah tiba2, clingy tiba2, nangis tiba2, dan macam-macam lagi. Tapi yang penting, nak ayah ada kat mama setiap masa. Macammane? Ayah rumah lain. 😭 Bila malam2 jumpa ayah kat musola mesti nangis, sebab fikir nanti nak balik Mesia berjauhan dengan ayah. Pastu, kejap kang mama ngadu tak larat itu ini.. Ayah sabar je layan perangai tak tentu mama tu. Love u abang.
Its hard for me. Haha
Gitula sayang, serbe sedikit kisah mama. Nak cerita banyak, tapi yang ingat setakat ni tu je. So, mama balik Mesia n hari-hari vc ayah sambil nangis-nangis. Oh sendu.. Sebabnya mama nausea lagi, n mama cume harapkan ayah tuk tolong mama itu ini.
Doakan mama, supaya kuat.. N mama akan kuat tuk sayang. Love u sayang, love u abg..
Diari mama,
🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱
26 Dis 2018
Wednesday, December 26, 2018
:: Jr Journey 4 ::
Thursday, December 20, 2018
:: Husband Bezday ::
🎉🎊Selamat Hari Lahir abgku sayang.. kesayangan honey🎊🎉
🎤Sing a song for u
Happy birthday
Happy birthday to my love
Happy birthday to my dear
Happy birthday to my soulmate
Wish you all the best
💝Abang..
I am very happy today
Because today is the day of your arrival into the world
The arrival of someone who is my soulmate..
The day that I thanks to God coz u were born with those sweet smile, lovely n handsome face hehe and kindness heart. Alhamdulillah... 🤲🏻
Abg I love you sincerely.
And I’m so happy because u’re mine
I hope you also love me sincerely
I wish you a happy person who always
I will Love u with all my heart..
Insyaallah... 😍
🥧Happy Birthday my dear, wish u all the best in this world...
🍰Sanah Helwa my husband..
💖My love, habibi, qolbi, pnawar hati honey ngeh²....
♡Mohd Faiz bin Abu Bakar..
#iraiz92
♡♡♡♡♡♡♡♡♡
🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱
20 Disember 2018
Saturday, December 15, 2018
:: Husband ii ::
LELAKI PUN NAK PEREMPUAN FAHAM
-Hahahaa Aku ada satu perangai, suka tidur berselimut. Semua orang camtula. Tak kisahla tutup kaki ke badan ke. Tapi kalau dah duduk dalam aircond citenye mmg selibung la jawabnya. Bila tidur malam mesti aku yang akan kongke selimut sampai die terpaksa merengkot kesejukan. Bangun pagi baru die tarik selimut dari aku. Adelah jugak kot tengah malam tu die kejut gak bile tak tahan.. Haha
Pagi-pagi dia cerita, "Syg selibung selimut satu badan, abg tk dapat selimut sejuk tau". Aku pun "Hahahhaa kenapa tak tarik jee." .. "Takpelah tak sampai hati nak kejut nyenyak sangat tido". . "Alaa, kejut je lain kali. Nnt sejuk camne." Dalam hati aku, mesti dia ingat nak acah-acah macam dalam filem Melayu, tersedar pastu nampak die sejuk selimutkan.. Kah2. Tak2, masalahnya sekarang, masa suami aku keluarkan due selimut pun, aku kebas due2 jugak. Hahahahhaha
Aku cepat je tersedar kalau dia kejut, tengah-tengah malam dengar die cakap "Syg, abg sejuk nam selimut". Aku terus tersedar n selimutkan dia. Seee. Senang je nak kejut. Cume klu dah tido dlm ekon memang sedap laaaa.. 😅
BATAL WUDUK
-Lepas kawen ni susah sikit la nak jaga wuduk. Dulu siap boleh jaga sampai 3 waktu.. Ni kejap tersentuh. Haha Masa nak g celebrate bezday aku, siap beriye nak pakai sarung tangan. "Abg, honey pakai sarung tangan tau sbb nak jaga wuduk, nanti kt CFC tu susah tandas n tempat wuduk jauh". Kemain huraian aku...
Tah macamne, kene bukak sarung tangan sebab nak gune fon, dan2 la tersentuh pulak. Aku pun "Alaaa, malasnya nak kene pakai bedak semua balik semulaa ". N suami be like "Eleh, sebenarnya malas nak pakai bedak, cakap tandas jauhla apelah."..
Hahahahahha
Ade sekali tu, eh banyak kali. Biasela lepas kawen, nak gurau-gurau lepas amik wuduk acah-acah nak sentuh. Aku la tu selalu buat kat dia camtu... Satu hari tu, die pun buat macam tu kat aku.. Dannn terkenaa la pulak.. Aku terus emo.. Haha Terperanjat suami aku sebab aku emo... Mesti die fikir, aku buat takpe, die buat tkleh pulak. Hahha Pastu aku pn ckp "Klu abg nk gurau time solat sunat takpela.. Janganla time solat fardu." N die pun ok jela. Hahaha Kesian suami aku. Sentiasa sabar layan kerenah aku....🤝🏻
Hahaha Banyak sebenarnya perkara yang buat aku rindu... Tapi part-part sweet mueet tu, biar simpan sendiri laa. Kang termuntah-muntah pulak. Kalau dah sweet-sweet manja2 ngade2 tu, bahasa pun jadi gedik sikit, sampai ade member cakap "Korang jangan cakap bahasa macam tu depan aku eh, aku jentik kang". Hahahahhahaaha (Actly aku namakan bahasa A) 😋
Aku juga ada habit suka gigit suami aku. Tak kisahla. Kat tangan ke, pipi ke telinga ke, asal aku rasa geram aku akan gigit. Lepas tu aku tanya "Atit tak?" Dia pun layan je "Taakkkk".. Tapi kadang-kadang sakit la jugak sampai die gene gosok2 balik kesan gigitan aku. Aku? Buat dek cam tak bersalah n berlalu pergi. Hahaa Padan muka. 😁
Tapi.........
Bila alone macamni. Setlekan semua benda sorang2. Yes, aku mampu sebenarnya. Tapi still tak boleh. Bile drive sorang-sorang, memang air mata jadi peneman aku. Memang automatik akan mengalir. Dan I cant endure it... 😭😭😭
Ye, aku kuat.. Sayang, mama kuatkan.. Dan sayang kekuatan mama.. ✌🏻
Wednesday, December 12, 2018
:: Husband ::
Bila berjauhan dengan suami macam ni. Teringat detik-detik lepas berumah tangga, yang ketika itu merasa marah dan geram tapi bila teringat ni rasa macam kenangan yang mencuit hati dan tersenyum serta tergelak sorang-sorang.. Itulah lelaki dengan dengan sifat-sifat lelaki. Dan perempuan dengan sifat-sifat perempuan..
LELAKI ITU LURUS.
-Fakta ni sangat betul. Masa duduk ngan family tak terasa sangat bila ada adik beradik lelaki yang sebenarnya memang lurus. Tapi bila dengan suami ni. Haisshh, memang terasa sungguh n hilang jugak sabar. Antara yang paling aku ingat. Masa tu di Mesir, pegawai pulang ke Malaysia dalam 3 minggu dan suruh aku n suami duduk jagakan rumah die. So, dapatla aku duduk berduaan dengan suami menjalani kehidupan suami isteri tanpa orang ketiga, keempat, kelima dll. Haha
Aktiviti biasa seorang isteri aka perempuan masak, kemas dll tu kan.. Satu hari aku cakap kat suami, "Erm dah banyak dah semut kat sampah ni".. Suami pn iyekan aje.. Cube teke dulu ape yang aku nak sampaikan. Hahha Ye. Aku nak minta tolong dia buangkan sampah. Tapi taaakk jugak faham-faham. Then, lepas sehari camtu jugak. Sampailah aku geram, aku masak dengan moody, lepas tu terus kemas-kemas tanpa cakap ape-ape ngan dia. Plus muka tu muncung n masam sikit. Pastu amik penyapu sapu bilik dll.. Pastu aku tak layan dia, solat sendiri n tengok tv sorang-sorang. Nampak dia lalu pergi buang sampah. Aduuuh,, lamenyeee nak faham. Masa dah ok tu, aku cakap. "Ish lelaki ni memang lurus, susahlah nak cakap kias-kias. Takkan tak faham hint kot.." Suami jawab "Lelaki memang macamtula. Taknak fikir complicated. Terus jee cakap senang." .. "Ok, lepas ni honey cakap terus, abg tolong buang sampah ye. Tu pun tak faham. Dekat je nak buang kat luar tu. Honey ni kalau tkyah nak pakai lengkap tudung stoking bagai, boleh je terus g buang." Aku dah start bebel. Die senyum je n cakap "Aah, cakap je terus, takyahla cakap pasal semutla apelah."..."Ok, fine".
Hahahaha Masalahnya perempuan ni tetap ngan perangai dia nak lelaki tu faham dengan sendiri. Lebih-lebih lagi bile tengah merajuk. Aduss.. Guane. Ok2. Trying to frankly speaking lerr..
Miss u husband.. ♥