Pages


Saturday, December 15, 2018

:: Husband ii ::

LELAKI PUN NAK PEREMPUAN FAHAM

-Hahahaa Aku ada satu perangai, suka tidur berselimut. Semua orang camtula. Tak kisahla tutup kaki ke badan ke. Tapi kalau dah duduk dalam aircond citenye mmg selibung la jawabnya.  Bila tidur malam mesti aku yang akan kongke selimut sampai die terpaksa merengkot kesejukan. Bangun pagi baru die tarik selimut dari aku. Adelah jugak kot tengah malam tu die kejut gak bile tak tahan.. Haha

Pagi-pagi dia cerita, "Syg selibung selimut satu badan, abg tk dapat selimut sejuk tau".  Aku pun "Hahahhaa kenapa tak tarik jee." .. "Takpelah tak sampai hati nak kejut nyenyak sangat tido". . "Alaa, kejut je lain kali. Nnt sejuk camne." Dalam hati aku, mesti dia ingat nak acah-acah macam dalam filem Melayu, tersedar pastu nampak die sejuk selimutkan.. Kah2. Tak2, masalahnya sekarang, masa suami aku keluarkan due selimut pun, aku kebas due2 jugak.  Hahahahhaha

Aku cepat je tersedar kalau dia kejut, tengah-tengah malam dengar die cakap "Syg, abg sejuk nam selimut". Aku terus tersedar n selimutkan dia. Seee.  Senang je nak kejut. Cume klu dah tido dlm ekon memang sedap laaaa..  😅

BATAL WUDUK

-Lepas kawen ni susah sikit la nak jaga wuduk. Dulu siap boleh jaga sampai 3 waktu.. Ni kejap tersentuh. Haha Masa nak g celebrate bezday aku, siap beriye nak pakai sarung tangan. "Abg, honey pakai sarung tangan tau sbb nak jaga wuduk, nanti kt CFC tu susah tandas n tempat wuduk jauh". Kemain huraian aku...

Tah macamne, kene bukak sarung tangan sebab nak gune fon, dan2 la tersentuh pulak. Aku pun "Alaaa, malasnya nak kene pakai bedak semua balik semulaa ". N suami be like "Eleh, sebenarnya malas nak pakai bedak, cakap tandas jauhla apelah."..
Hahahahahha

Ade sekali tu, eh banyak kali. Biasela lepas kawen, nak gurau-gurau lepas amik wuduk acah-acah nak sentuh. Aku la tu selalu buat kat dia camtu... Satu hari tu, die pun buat macam tu kat aku.. Dannn terkenaa la pulak.. Aku terus emo.. Haha Terperanjat  suami aku sebab aku emo... Mesti die fikir, aku buat takpe, die buat tkleh pulak. Hahha Pastu aku pn ckp "Klu abg nk gurau time solat sunat takpela.. Janganla time solat fardu." N die pun ok jela. Hahaha Kesian suami aku. Sentiasa sabar layan kerenah aku....🤝🏻

Hahaha Banyak sebenarnya perkara yang buat aku rindu... Tapi part-part sweet mueet tu, biar simpan sendiri laa. Kang termuntah-muntah pulak. Kalau dah sweet-sweet manja2 ngade2 tu, bahasa pun jadi gedik sikit, sampai ade member cakap "Korang jangan cakap bahasa macam tu depan aku eh, aku jentik kang".   Hahahahhahaaha (Actly aku namakan bahasa A) 😋

Aku juga ada habit suka gigit suami aku. Tak kisahla. Kat tangan ke, pipi ke telinga ke, asal aku rasa geram aku akan gigit.  Lepas tu aku tanya "Atit tak?" Dia pun layan je "Taakkkk".. Tapi kadang-kadang sakit la jugak sampai die gene gosok2 balik kesan gigitan aku. Aku? Buat dek cam tak bersalah n berlalu pergi. Hahaa Padan muka. 😁

Tapi.........

Bila alone macamni. Setlekan semua benda sorang2. Yes, aku mampu sebenarnya. Tapi still tak boleh. Bile drive sorang-sorang, memang air mata jadi peneman aku. Memang automatik akan mengalir. Dan I cant endure it... 😭😭😭

Ye, aku kuat..  Sayang, mama kuatkan.. Dan sayang kekuatan mama.. ✌🏻


No comments:

Post a Comment

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."