Pages


Wednesday, December 26, 2018

:: Jr Journey 4 ::






Assalamualaikum sayang mama..

Wat pe tu.. Tido ke? Lapar tak? Mama lapar ni.  😢Hahaha Btw tu gambar masa mama n ayah tengah honeymoon, honeystar, honeysun kat Hurghada Mesir. Mase ni sayang dah ada dalam 4-5 minggu tapi mama tak tahu..

Dahla masa kat sana mama lasak sangat, main ATV, siap langgar-langgar dentum kuat-kuat lagi. Belum lagi naik spider car. Tu pun sama, ade orang langgar kereta mama, gegar die tkyah cakap. Naik kuda, naik unta.. Lepas tu siap mama snorkling, berenang kuak lentang yang pakai tenaga banyak lagi. Tapi sebab mama tak tahu. Kuat sayang mama ni. Alhamdulillah semua baik2.

Dah balik dari jaulah tu, mama cuma pelik sebab period mama lambat. Mama biasanya on time. Tapi masa tu lewat. Ayah pun dah tanya-tanya, tapi mama cuma smile sebab taknak mengharap konon.. Jauh disudut hati yang paling dalam, mengharap jugak sebenarnya. Aunty Nani pun perasan mama lewat period n dia pun asyik dok tanya2.

Mama bukan ape, sebab sebelum tu mama dah ada tanda2 nak period. Jadi, bagi mama nak datang la cuma lewat. Mesej ummilong. Cerita dan tanya-tanya kat die. Die pun ape lagi excited siap suh mama beli pregnancy test. So, ayah n mama belilaaa. 

Ayah pun excited nye lahai.. Ayah siap google lagi simptom2 ibu hamil. N ayah kate semua tu ade tanda2 kat mama. Hahaa Macam-macam..

Esok pagi2 mama pun try la test. Debar die takyah kate la kan.. Hahhaa






Lepas cek, mama tunggu n tengok satu line je keluar. Ok.. Mama tarik nafas n keluar bilik air. Mesej ummilong dulu.  Mama cakap "Ayong, hehe negatiflah. Maybe mmg lewat period" Pastu Ummi kate takpela, send sini gambar test. N tetiba ummilong kate 'Ni positifflaaaa'. Mama pun dub dap balik. Sebab line satu lagi sangat la cair. Mama rase mcm bukan je. Ummilong kate, kalau negatif die akan kluar satu line clear. Yang sebelah tu kosong. Ok, mama tak pandai tengok. Pastu ummilong kate,  ok die tanya kawan nurse die dulu. Belum pape lagi, ummilong baru send gambar kawan die dah balas Positif.. Hehhee Jadi mama gtau ayah tapi dalam pada tu cakap jela belum konfem selagi belum cek dokter.

So, lepas seminggu dari tu baru mama cek dokter, konon nak surekan lagi memang tak kuar period. Dan Alhamdulillah. I see u besar biji kacang hijau je. Mama sayang sayang...






Tapi lepas tahu tu.. Masuk 6 minggu macam dalam google cakap, emosi start tak stabil. Hahaha Mama dah start nausea teruk. Tak leh makan itu ini. Semua aunty Nani yang siapkan n masak. Tak pun yang boleh makan cuma mee celup je. Ayah pun hari2 teman mama g makan sana. Sian ayah banyak kuar duit. Hee Mama pun dah mula marah tiba2, clingy tiba2, nangis tiba2, dan macam-macam lagi. Tapi yang penting, nak ayah ada kat mama setiap masa. Macammane? Ayah rumah lain. 😭 Bila malam2 jumpa ayah kat musola mesti nangis, sebab fikir nanti nak balik Mesia berjauhan dengan ayah. Pastu, kejap kang mama ngadu tak larat itu ini.. Ayah sabar je layan perangai tak tentu mama tu. Love u abang.
Its hard for me. Haha

Gitula sayang, serbe sedikit kisah mama. Nak cerita banyak, tapi yang ingat setakat ni tu je. So, mama balik Mesia n hari-hari vc ayah sambil nangis-nangis. Oh sendu.. Sebabnya mama nausea lagi, n mama cume harapkan ayah tuk tolong mama itu ini.

Doakan mama, supaya kuat.. N mama akan kuat tuk sayang.  Love u sayang, love u abg..

Diari mama,
🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱
26 Dis 2018


No comments:

Post a Comment

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."