Pages


Thursday, January 12, 2012

:: Bicara Seorang Adik Buatku ::

::Ukhwah kerana Allah ::
Aku: Akak need rafakan semangat dari Sol..... 

Kalam taujihad dari bumi Urdun... 

            J Kuatnya wanita bukan terletak pada fizikalnya, tapi,kuatnya muslimah solehah itu pada sekeping hatinya yang kudus.. Hatinya yang  tabah dan kuat itu pula lahir dari titisan mutiara yang terhasil dari kelopak matanya yang redup. Jadikan tangisan anda itu sebagai pendorong untuk anda kekal bermujahadah atas jalanNya.. Sungguh, titiskanlah ia saat bertemu pencipta kerana sesungguhnya hanya  Dialah yang berhak mendapatkan butiran mutiara anda itu.. Tidak menjadi masalah andai hati terpanggil untuk menceritakan pada sahabat-sahabat  tercinta,  namun manusia hanya mampu memberikan nasihat dan kata-kata.. Berdoalah agar kata-kata  nasihat itu mampu menjadi penghubung dan menggerakkan hati untuk menujuNya, dan kata-kata yang terkesan di lubuk hati hanya diperoleh jika anda mempunyai sahabat-sahabat  yang ukhuwahnya berlandaskan syariat dan semata-mata keranaNya.. Kuatkan semangat kerana  sesungguhnya ujian bagi mereka yang mengembara mencari  ilmu ini lebih sukar kerana  Allah ingin menghadiahkan infiniti kebahagiaan,kejayaan,keceriaan dan menjadikan anda hambaNya yang lebih bersyukur.. Apa yang paling utama adalah, Dia menghendaki dirimu mencari kekuatan itu dengan hadirnya dugaan demi dugaan agar nikmat yang diperolehi selepasnya lebih terasa kemanisan dan keindahannya... InsyaAllah.. Ibarat bersusah-susah  dahulu, bersenang-senang kemudian. Sentiasa berbaik sangka dengan si Dia,Tuhan Pencipta kerana  Dia adalah menurut apa yang kita sangkakan..(+ve) minda, tajdid niat, jauhi penyakit hati.. Apabila hati terasa gersang, carilah/simbahkanlah ia dgn zikir penguat semangat, teruskan senyum untuk bersedekah kerana yakinlah, .senyum tatkala air mata ingin menitis itu sangat berharga sebagai bukti kita berusaha redha dan kuat  serta sabar dalam menghadapi ujianNya.. At least we'd try our best right? So, juz let everyone seeing u're in a happy mood so that they'll also happy.. Sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan cemburuilah mereka yang 'amal ibadahnya  serta hubungannya dengan Allah sangat erat. Semoga kita mampu menjadi hambaNya yang lebih baik dan berdoalah agar Dia sentiasa memberikan kita jalan-jalan keluar dan membukakan pintu-pintu rezki dari  semua aspek sama ada 'ilmu, ketenangan hati, harta,kefahaman dalam agama dan sebagainya.. InsyaAllah, never give up dear!! He'll always be with u in every inch of ur life..juz believe in Him, so He'll never forget u..giving a mehnah is kinda sign/way that He's never forgetting u k ~aja aja..fighting!! bittaufiq!!!  J(h)(*) Jadilah seperti bintang yang bersinar di tengah-tengah kegelapan malam dan hiasilah hati dengan  syukur dan basahkan lidah dgn zikrullah.. Segalanya mungkin bagiNya kerana  Dia tahu apa yang  terbaik untuk kita..

p/s: Terima kasih yang teramat sangat buat adik Nursolehah Mohd Daud.. (Tahun 1 Irbid, Jordan)
Semoga dirimu menjadi seberani Khaulah Al-Azwar, setabah Sumaiyah, secekal Ummu Hakim... Salam mujahadah buatmu.. J

:: Kami wanita hebat ::
Allahu Akbar

AJA-AJA JIHADDDD!!!


2 comments:

  1. Alhamdulillah... rafakan semangat yang mampu membuat diri ini kembali bersemangat.... usah gentar sayang.... kita sekarang perlu saling menguatkan... Alhamdulillah Allah hadirkan teman2 untuk kita... perjalanan yang masih jauh ini amat2 memerlukan semangat+kekuatan jiwa yang tinggi.... tanpa kamu siapalah diri ini..moga kita semua berjaya bersama athirahku sayang.... ~kesedihan hari ini barangkali kesannya baik untuk masa akan datang~
    sayang athirah kerana Allah.... :)

    ReplyDelete
  2. Yup,, benar syueku sayang... Iman sentiasa turun naik, hati sentiasa berbolak-balik.. Ingatkan andai diri ini terlupa, tegur andai diri ini terleka. Sentiasa perlukan peringatan agar tidak lalai, sahabat yang sentiasa berpesan pada kebenaran dan kesabaran.. Terus kuat, terus thabat,, kuatkan semangat, waima kita tahu, thabat n futur itu milik Allah.. Kita usha, Dia nilai setiap usha kita.. (^_^)!! kita saling memerlukan....

    ReplyDelete

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."