::Periksa...periksa...periksa.:: ::Imtihan...imtihan....imtihan..::
Ha... bulan ni memang bulan periksa... Yang sekolah, periksa pertengahan tahunnya... Yang KAFA pun ngan pekse kafanya...Gerenti semua ngah berperang ngan diri, berperang ngan perasaan malas, berperang ngan nafsu.... huhuhu Berdasarkan pengalaman... Biasalah kita-kita ni kan.. Study last minit.. Kononnya, lagi senang masuk and insyaallah kekal ingatan tu.... huhu memang ingat,, tapi lepas periksa, sume lenyap... haha Tuk imtihan seterusnya, kenela hafal dari awal balik,, alih-alih mula dari Bab 1 juga dibacanya... Bak kata ustaz, sepatutnya bab awal-awal ni dah dalam mind dah....Tapi kita? Beselah tu....... hahaha Tapi zaman sekolah menengah dah berakhir dah wat diriku,, sekarang bakal menempuhi satu lagi fasa.... Ha yang tu cerite pasal tensionnye mind as pelajar,, nak menghafal, nak itu nak ini....
Guru-guru pula, apa critenya? Bagiku, dengan pengalaman sebagai guru ni,,, rase-rasenye lagi macam nak tercabut kepala ni bila masuk musim periksa.. Uishhh.... dahsyat-dahsyat...Diriku??? Sebagai mualimah ni.... Rasenye kalau para pelajar, nak wat persiapan last minit bolehlah dikatakan boleh juga.... Tapi guru? Cerite sebelum periksa...Mane nak fikir wat kertas soklan lagi,, bukannya just copy paste or cut paste, tapi kena rangka soklan baru, selaras tak ngan tahap pembelajaran, nak ikut silibus MGB lagi, belum lagi kalau kertas soklan kene reject ngan guru besar,, aduh sakitnya,, kene wat semula...(tapi diriku tak kene reject ye... Alhamdulillah) huhu Tu cerita sebelum periksa.. Mase ngah periksa.. Ngan ade pelajar yang tak hadirnya.. kene lak wat ulangan pekse ngan yang tak hadir tu,.. macam waste time je.. tapi kita tak tahu masalah orang an.. takpe... Forgive and Forget je... Ok,, dah habis periksa.. para pelajar pun menarik nafas lege,, just berdebar nak tunggu result je,, tapi tu fitrahla.... Ha.. tapi bagi guru,, masa tuk menanda pula,,, nak tanda pun satu hal,, dengan ade tulisan yang lebih teruk dari cakar ayam... yang kecil-kecilla sangat, yang besar tak muat kertas nak tulis, yang macam dokter nye tulisan pun ade.... Apa-apa hal, kalau ada yang kes-kes seperti tadi, memang tolak tepi dululah,, dari menghabiskan berjam-jam nak mengadap satu kertas tu, baik tande yang lain dulu.... dah siap tande,, nak masuk rekod lagi,, wat analisa... fuh,, berat juga kerja guru ni...Memang patut pun kita kena hormati dan hargai guru.......... Ha,,, begitula fatrahnya kehidupan menjelang peperiksaan, baik guru-guru, para pelajar dan ibu bapa turut kebimbangan jua... Sekian kali ini,, moga bertemu kembali di lain lembaran...Selamat bermujahadah wat semua yang sedang dan akan menghadapi peperiksaan....... Wasalam
salamanisemanisenyumanmu....
Thursday, May 26, 2011
:: Bulan Mendera Minda ::
:: Macam-macam Kisahnya... Nak Tahu?? ::
Salam sesuci titisan Qatrunnada..... Salam sehangat mentari dhuha... Salam penghubung jalinan kasih... Salam ukhwah berpanjangan..... Seperti kebiasaan, mentari yang tetap muncul memancarkan sinarannya, mentari yang tetap muncul menepati lukisan aturan Allah.... Jadilah seperti mentari yang tidak pernah memungkiri janji.... {smile always}
Erm, hari ni rasa macam nak cerita macam-macam.. Sebelum tu nak bagitahu.. TS melakukan transformasi.. hehe apa dia ye.. takde apa-apa pun, cuma pertukaran dari penggunaan Mozilla Firefox ke Google Chrome, lebih cepat + pantas + efisyen...senang......Mungkin ramai yang dah cubakan... tapi tak pe bagiku, masih belum ketinggalan zaman lagi.. huhu
Ok, sekarang nak cerita mengenai sebuah cerita dan ini adalah kisah benar.. Terdapat sebuah kawasan perumahan yang diberi nama "Seremban Town South" (bukan nama sebenar). Suatu petang, tatkala sedang mengajar, TS mendapat mesej yang berbunyi.. "Salam Kak Ngah, jiran Kak Ngah, suami Cik Zah (bukan nama sebenar) meninggal dunia,.. baru je dapat berita ni..".. Selepas kelas, TS terus menapak ke rumah jiran tersebut, jadi terpaksa batalkan segala agenda petang tersebut. Terus ke rumah jiran tersebut.. Kelihatan khemah dah terpasang, rumah dah dilapangkan, katil pun dah tersedia.. Kami kaum hawa memulakan majlis tahlil yang dipimpin oleh seorang uztazah.. Lepas maghrib nanti baru jemaah surau datang.. Memandangkan malam tersebut TS ada kelas, jadi, tak boleh tunggu lama-lama, TS pun pulang untuk bersiap-siap.. Niat dalam hati, insyaallah lepas kelas nanti datang semula, memandangkan jenazah pun masih belum sampai.. Selepas bersiap dan mula bergerak ke tempat mengajar, keretaku ditahan oleh seorang jiran... "Jap..jap.. ni ada pembetulan sikit",,,"Pembetulan apa?",,,, "Erm.. sebenarnya,, suami cik tu lum meninggal lagi.. Salah information, dia tengah koma lagi..",,,, "Astaghfirullahal a'zim... macam mane boleh jadi gitu?",,,, "Tahla, agaknya kelam kabut tadi tu yang dapat cerita macamtu.",,,,,"Sape yang bagitahu meninggal tadi, dan sape yang gtau masih koma?",,,"Tula, jiran sebelah umah die tu dapat kol tadi tapi salah dengar agaknya,, dapat tahu masih koma sebab sedare mare die balik dari hospital,, jadi bahan gelak tadi..eh, tolonglah bagitahu ustazah ye.. segan ada, takut pun ada nak bagitahu ni...",,,"Takpelah, nanti Angah (nama samaran) sampaikan.." Aduhai,, ni bukan kisah mati hidup balik,, tapi lain cerita ni.. yang wat lagi terkilan, Ustaz Fuad (bukan nama sebenar) dah get ready nak pergi tahlil lepas Maghribnye.. Langsung sume cancel...
Selang 3 hari selepas tu,, dapat berita tentang kematian yang sahihnya.. Tapi soalan pertama yang akan ditanya jika disampaikan tentang berita ni ialah "Betul ke meninggal ni?" bukan seorang dua yang tanye,, tapi semuanyalah.. Aduhaiii, macam permainan pulak jadinya.. Sedih pun ada juga.. Alhamdulillah, kali ni segala pengurusan berjalan dengan lancar.. Itulah kisahnya.....
::Tanganku,..!!::Erm.. lihat ni... hehe inilah akibatnya tidak berhati-hati.. Kenapa ni ye?. Takde pape pun,, cume terkena minyak masak.. Aduh... dah tak cantik dah tangan.. berparut.. :-( Nanti nak sarung cincin nikah, mesti nampak... Tak bestnyeeeee!!!! hahaha. Masa mama tengok, mama kate.."Mesti timbul parut ni, sebab dalam luka dia... Ha' cuba muhasabah diri balik, apa tangan ni buat sampai jadi camni.. Mesti ada bende tak betul buat ni.. Ingat balik, ada tekan pape yang tak patut ke kat internet tu, pukul orang ke..Kalu kene kat mulut, ade la cakap yang tak patut tu.. Tangan, ada buat perkara tak sepatutnya...." mama katelah... TS pun remind balik.. hurm,, ada kot wat yang tak sepatutnya,,, Insaf...insaf,,,insaf,,, taknak wat lagi!!!! Sudah terhantuk baru tengadah.. Aduhai Athirahhhh....
::Kerongsang::
Mali...mali.. mulah... mulah.... beli jangan tak beli... huhu erm,,, kerongsang ni mualimahku yang jual. Memang cantik.. Satu RM2.50.. 4=RM10.. Selalu kat kedai 3=RM10 kan huhu.. Jadi TS pun belilah, belikan untuk mama as present hari ibu (walaupun dah lepas) dan untuk kakakku sempena birthday dia 25 Mei....dan untuk TS sendiri....Ade pelbagai warna menarik... Pink, coklat, biru, hijau, purple, macam-macam mix colour lah... hehe Saje promosi.......
Oryte... sampai sini dulu.... To be continue.........................
salamanisemanisenyumanmu....
Saturday, May 21, 2011
:: Tanya Pada Diri ::
::Kuasa Allah Tiada Bandingan::
Ketika duduk-duduk begini.. merenung kosong pada skrin notebook, membuatkan diri ini berfikir...berfikir....dan berfikir.... Bertanya pada diri, adakah semua ini sudah cukup bagiku? Adakah ini yang diriku mahukan selama ini? Adakah diri ini ingin menjadi seperti sekarang? Apakah tujuan hidup diriku ini? Apakah matlamat hidupku ini?
Pernah jua hati ini berbisik.. Matlamat hidup untuk menjadi khalifah Allah, hamba Allah, tetapi adakah diri ini hanya perlu bermunajat di atas tikar sejadah, menghambakan jasad dan rohani dengan hanya berdoa siang dan malam mengharapkan rezeki turun dari langit, kononnya dengan hanya berdoa tanpa usaha rezeki akan jatuh.. Namun nasib itu boleh diubah bukan? Peganglah....Gandakan usaha, gandakan ikhtiar, gandakan doa, gandakan tawakal.... Insyaallah, Allah memberi dan menilai berdasarkan semua itu..
Sesungguhnya, adakala hati ini tewas dengan sihir dunia.. sehingga terlupa dengan segala-segalanya dari Allah.. Walau sepenuh qudrat penyerahan diri dilakukan atas sesuatu perkara, namun, andai Dia tidak memperkenankannya, adakah itu suatu penyesalan buat manusia? Diriku sedar,, "kunfayakun"....
Diriku perlu berjalan dalam tapak kesabaran, berjalan dalam tapak keredhaan....Pernah diriku mendengar motivasi dari seorang motivator.. "Senyumlah... walaupun kita sedang terluka,, kerana dengan senyuman segalanya akan hilang, merasakan diri berada dalam kebahagiaan." Tetapi lewat petang tadi, ketika kaki melangkah di MPH, mata tertarik dengan sebuah buku untuk wanita, menyelak helaian demi helaian dan terhenti pada satu halaman.... Perenggannya berbunyi, "Berpura-pura bahagia adalah penderitaan yang sangat dahsyat..." membuatkan serebrumku bermanipulasi.. Adakah jawapannya sangat-sangat subjektif..? Merujuk kepada individu itu sendiri untuk membuat penilaian? Maka, apakah pandangan kalian???
Benar kata Dr HM Tuah Iskandar "Sendiri Mau Ingat.... Alpa itu punca terlupa..." Mungkin bagi kalian, definisi alpa dan lupa itu satu perkara yang sama.. tetapi sebenarnya tidak.. Begitu jua dengan definisi bagi gembira dan seronok serta bahagia,, semuanya membawa terjemahan yang berbeza.. Tapi tidak salah andai kita berpura-pura bahagia untuk menjaga hati orang lain, dan juga tidak salah berpura-pura bahagia supaya orang lain jua turut bahagia kan...
Pinjam sebaris motivasi dari Dr HM Tuah Iskandar untuk perangsang diri iaitu berpegang pada 3E:Extra MIND, Extra MILD & Extra MILE....
salamanisemanisenyumanmu....... (^_^)