Pages

Monday, May 9, 2011

:: Road To Putrajaya ::

Today is Sunday.... Kebetulan hari ni takde nak buat ape-ape... dan kebetulan juga semalam bermalam kat umah Cik Lan dan Mak Mah, jadi hari ni mereka putuskan untuk pergi jalan-jalan ke Putrajaya.. Jadi, u follow, I follow la....  Loooonnnngg journey... bertolak dalam kul 11 lebih and sampai dalam 12 lebih... Sasaran pertama kami ke Alamanda.... shopping...shopping.....

::Masa mula-mula sampai::::Ngan wani::

::I, Iman Farihah Widad, n Mira::
::Kiri: Farisha pandai possing::


Jauh perjalanan, luas pandangan.. Erm.. masa kat Alamanda, pertama kali nampaknya ramai warga tua yang turut bershopping.. Coz hari ni jua adalah hari ibu, jadi rata-rata orang bawa ibu-ibu mereka berjalan-jalan.. Sekadar persoalan.. Sempena Hari Ibu sahajakah kita perlu menghargai ibu kita?? Sempena Hari Ibu sahajakah kita dapat free kan masa kita untuk ibu kita?? Jawapannya pada diri masing-masing yang menilai.... Perjalanan diteruskan lagi... Subhanallah, cantik sangat bila tengok pepohon hijau yang subur  masih wujud di Kota Pentadbiran ni..., walaupun takla terlalu rimbun tapi cukup mempersonakan mata yang memandang..

::Senyum sokmo::
::Bersama Si Kecil n Chik Ain::
::Suasana yang nyaman n tenteram::

::Adik:Iman Farihah Widad::


::Kakak:Iman Farisha Nadia::














Ha,, dah jalan-jalan mesti lapar kan, jadi kami pun pergilah menjamu selera... dan perjalanan diteruskan ke PICC Putrajaya... Ada apa ya?? Oh ya,, Festival Pengantin... Jom-jom jelajah......
::Contoh je ni::













Ha... Cepat-cepat pilih baju mane yang perkenan....  putih atau pink lagi menarik?? Dua-dua lah.... oryte!!

Dan seterusnya.... mase memilih kad perkahwinan....






::Banyak yang menarik::
Macam-macam promosi kat dalam ni... huh,, pening kepale nak pilih,, sumenye nak kate mereka terbaik,,, tapi same je sebenarnya... (T_T)...


Eh-eh....ada Ana Raffali la...  Sempat bergambar... huhu


ok... time untuk balik setelah penat berjalan... Tapi sebelum tu,, lihatlah pemandangan yang sungguh indah ini... Subhanallah........

::Bandaraya Putrajaya::


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

~> Khalifah di muka bumi itu perlulah akal seluas langit, mengalir seperti sungai yang deras..
=> Usia umpama harta, bukan banyaknya menjadi perhitungan, tetapi keberkatannya... Harta yang berkat sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan.. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian.
=>Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal,beerti memiliki fikiran yang baik.Dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik akan mendapatkan kenikmatan dalam kehidupan.

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
~> Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu, dan tidak pula melihat ketampananmu, tetapi Allah melihat hatimu.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."