Pages


Friday, May 6, 2011

:: La Tahzan,, Ya Qolbiiiiiiiiii ::





A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H.....walau apa saja keputusannya, walau apa saja yang berlaku, aku tetap kene teruskan kehidupan, aku tetap kene teruskan perjuangan, aku tetap kene teruskan apa yang aku lalui sekarang, kerana walau itu keputusannya,, aku masih lagi bernyawa sekarang meneruskan sisa hidup. Aku tetap bersyukur. Tika tadi, jika ditanya siapakah yang paling sedih dalam kalangan kalian? Maka aku akan menjawab.."Aku lebih sedih dari mereka.." Jika ditanya siapakah yang paling kecewa dalam kalangan kalian? Maka aku akan menjawab.."Jika ada perkataan yang lebih teruk daripada kecewa, itulah aku.." Jika ditanya siapakah yang patah semangat dalam kalangan kalian? Maka aku akan menjawab,,"Ku bukan sahaja patah semangat, tapi ku jua merasakan putus harapan dalam ayunan langkah"..Aku seolah-olah terduduk dalam kegelapan yang dipenuhi onak dan duri, aku teraba-raba dalam kegelapan mencari hatta setitik cahaya untuk menjadi pandu arahku,, aku berasa keseorangan. Aku menangis bukan beerti aku terus mengalah, aku menangis bukan kerana aku berasa aku tewas, tetapi aku menangis kerana itu hakikat seorang manusia. Air mata dan manusia tidak dapat dipisahkan. Aku bukan tidak tabah, tetapi sejauh kekuatan apakah ingin kucuri buat menampung hati yang naif ini. Aku menangis kerana hati itu ibarat kaca.... Salahkah aku yang meletakkan harapan setinggi bintang kejora? Kata orang arifbillah, jika ia terjatuh ia akan tersangkut di gunung yang tinggi,. Jadi adakah ia tergantung di gunung yang dimaksudkan untukku? untukku merasakan masih ada sinar harapan yang belum ku terokai.

Ya Allah, aku bukan bersyarat padaMu, memohon tika ku duka, memohon tika ku perlukanMu, Tidak Ya Allah!! Aku bukan begitu...Aku perlukanMu dalam segenap urusan nadiku berdenyut, dalam setiap aliran darahku, dalam setiap hembusan nafasku, dalam setiap degupan jantungku, dalam setiap ayunan langkahku, dalam setiap terjahan fikiranku, dalam setiap perilakuku,.. Ya Allah, aku perlukanMu dalam mencari hakikat sebuah kehidupan. Ya Allah, aku bukan lelah dengan segala ujian yang Kau dugakan, aku bukan penat melalui cabaran yang Kau cabarkan... Aku faham bahawa ada hikmah yang tersembunyi disebalik segala yang terjadi. Aku juga bukan meminta hikmah itu diberi secara cash, tetapi pinjamkan aku sedikit katabahan untukku terus berasa yakin...... Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat yang sungguh budiman, yang berkongsi suka, duka, tangis, tawa.. Berkongsi air mata sendu.. Terima kasih buatmu kerna mengingatkan diri ini tentang hikmah yang Allah janjikan, mengingatkan diri ini tentang irodah Allah, mengingatkan diri ini bahawa janji Allah itu pasti, mengingatkan diri ini tentang kehebatan perancangan Allah...  Terima kasih kerana terlalu memahami diri ini.. Terima kasih kerana turut menyelami hati ini, merasakan kesedihan ini,. Terima kasih kerana menjadi pendengar yang setia, menjadi tempat kuluahkan tangisan.. Terima kasih yang tidak terhingga....



Aku tidak keseorangan. Aku punya teman... tapi kadangkala aku insan hina ini, tidak dapat menahan kesedihan yang bertapak, tiap itulah kolam mataku pecah memperjelaskan kerapuhan hati...
Kuatkan aku,, jangan tinggalkan aku keseorangan menghadapi semua ini.. Aku perlukan kalian untukku terus mengharungi hidup ini................................



Terima kasih jua buat kakakku tersayang...

"Ngah kuatkan semangat, ilmu Allah ni luas, semua tempat ade... Wamakaru wama karallah, waallahu khoirul makirin, kta

buat perancangan, Allah pun merancang, tapi subhanallah,

hebatnya perancangan Allah, pegangan kene kuat.. 

Jangan putua asa.."


Adakah aku sebenarnya yang terlalu mengikut perasaan? Adakah aku yang terlalu mendengar rintihan hati?  

Terima kasih  Syuhaida .. " Allah uji kekuatan hati ko skarang  "... "papepun mesti sangke baik atas ape yg Allah aturkan untuk kite..."  .".tirah..kalo hati kite redha...bukan sahabat je yg sentiase ade tuk ko..malah Allah pun same..Allah lgi nak mendengar rintihan hamba2nya..... setiap ape yg Allah aturkan pasti ade manisnye...... "setiap kejayaan tu pasti diuji terlebih dahulu  "


Perkongsian daripada Syue....... La Tahzan.. Innaallahu Ma'ana 

Alhamdulillah, kini kurasakan hatiku sedikit lapang, merasakan ketabahan itu dalam genggaman... Moga ia kekal... Insyaallah..... Bisakah aku tersenyum lagi??


No comments:

Post a Comment

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."