Pages


Tuesday, May 17, 2011

:: Bicara Sang Gadis (^_^) ::



Desir angin yang membelai jiwaku, mempersonakan melihat ciptaan Ilahi yang menikam sukmaku. Terimbas di fikiran saat mengenali dirimu......

Apa yang ingin kuceritakan adalah kisah perjalanan dalam hidupku.. Cukuplah sekadar mengenali diri ini sebagai Azra..

Ingin mengenalimu membuatku hidup dalam fantasi ciptaan sang dara. Desakan hati tertarik padamu, pada dasarnya kutertarik pada perilakumu, tetapi ada sesuatu yang istimewa yang sukar diterjemahkan dengan kalimah yang ada padamu kelihatannya.. Jujur, diriku terlalu ingin mengenalimu...... Seikhlasnya kunyatakan, ketampanan wajahmu berjaya mencuri hati-hati milik sang bunga yang melata di bumi ini termasuk diriku, namun diriku kagum dengan sikapmu yang tidak endah dengan panahan haruman sang bunga. Mungkin jua kerana sikapmu itu, dirimu digelar si poyo (istilah remaja) oleh bunga-bunga yang cuba memikatmu dengan harumannya, namun tidak berjaya.. Bisakah diriku mengalah, sebelum kumencuba?? Namun perlukah kali ini, kucuba berpaksikan pada motoku? "Mesti dapat apa yang diingini, walau sehabis daya sekalipun.." Mungkin ya... kali ini jua kuperlu berpegang padanya agar ku tidak menyesal suatu ketika nanti..



Namun, ku sang gadis yang masih terdapat perasaan malu, masih mahu menjadikan malu itu sebagai penapis tujuanku, membuatkan ku tidak mempunyai kekuatan untuk menonjolkan diri..  Namun dalam diam, doa kupanjatkan agar diriku tetap dapat mengenalimu sedalam-dalamnya......

Dalam lelah masaku,, diriku turut merasakan dirimu seorang yang sombong, ego, kerek dan segala yang sekutu dengannya, mungkin kerana dirimu terlalu cepat menghukum nilaian hati sekuntum bunga.. Ya, diriku malu berbaur geram.. Namun apakan dayaku... Walau bibirku mengatakan sakitnya, tetapi hatiku masih penuh dengan pengharapan...

Mengapa ya?? diri ini masih memancing harapan, mungkin kerana gelombang jiwa mendahului panahan hati nurani....Tak mengapa, ku cuba untuk menanti.. Namun,, benarlah.. Walaupun orang selalu bilang penantian itu satu penyeksaan, tetapi bagiku, penantian itu tetap ada pengakhirannya.. Cuma adakah pengakhirannya seperti yang kita ingini atau sebaliknya. Selang beberapa purnama lamanya, tiada kusangka dirimu menghulurkan salam perkenalan,, bagai pucuk dicita ulam mendatang,, jujur, diriku terlalu gembira dan bahagia terasa.. Salam yang dirimu hulur, kusambut seikhlasnya.. Terima kasih yang tidak terhingga kurasakan.. kerana tidak menyangka bahawa sekuntum bunga ini menjadi perhatianmu.....

 Perkenalan yang tidak kujangka ini, kusemai dengan keikhlasan bersiramkan kejujuran, ku memandu persahabatan ini dengan landasan syariat-Nya...  Bermula dengan perkenalan, kita menjadi akrab, mungkin seakrab helaian kertas di dalam buku, mungkin jua seakrab air di dalam gelas, ku jua mula mencipta peribahasa-peribahasa baru mengibaratkan kekuatan hati.. Yang pasti, diriku gembira+bahagia... Namun, setiap perhubungan bukanlah sentiasa ceria, pertelingkahan tetap jua ingin menjengah kerana itulah yang lebih merapatkan ukhwah antara kita.. Benarkah??

Semakin hari, semakin sayang.. Semakin hari, semakin berputik kasih, akhirnya kuakui wujudnya c.i.n.t.a. dalam sekeping hati ini...........................................

Duhai kasih cuba kau dengarkan, bisik hati penuh kejujuran, dengan sepenuh keikhlasan, kudambakan pengertian.. Jangan kau dengar fitnah dunia, kerna ianya dusta semata, menghancurkan kesunyian, jalinan kebahagiaan.. Sebenarnya aku merasa, sinar cahaya yang gemilang, ketika kau beriku harapan, dan sering aku harapkan, cinta berlandas keimanan, dan kasih suci kitakan diberkati.. Kucuba sedaya, agar dirahmati perhubungan yang telah terbina, kerna pasti aku, yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu.. Kasih, kuharapkan cinta kita kan terus kekal hingga ke syurga... Tuhan berikanlah, ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku.. Bersama mengharapkan ketulusan cinta ini hingga terbina mahligai bahgia....

::Baitul Muslim::





adaptasi dari sekeping hati nan kudus milikku.......


No comments:

Post a Comment

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."