Pages


Thursday, May 26, 2011

:: Macam-macam Kisahnya... Nak Tahu?? ::

Salam sesuci titisan Qatrunnada..... Salam sehangat mentari dhuha... Salam penghubung jalinan kasih... Salam ukhwah berpanjangan..... Seperti kebiasaan, mentari yang tetap muncul memancarkan sinarannya, mentari yang tetap muncul menepati lukisan aturan Allah.... Jadilah seperti mentari yang tidak pernah memungkiri janji.... {smile always}
Erm, hari ni rasa macam nak cerita macam-macam.. Sebelum tu nak bagitahu.. TS melakukan transformasi.. hehe apa dia ye.. takde apa-apa pun, cuma pertukaran dari penggunaan Mozilla Firefox ke Google Chrome, lebih cepat + pantas + efisyen...senang......Mungkin ramai yang dah cubakan... tapi tak pe bagiku, masih belum ketinggalan zaman lagi.. huhu
 Ok, sekarang nak cerita mengenai sebuah cerita dan ini adalah kisah benar.. Terdapat sebuah kawasan perumahan yang diberi nama "Seremban Town South" (bukan nama sebenar). Suatu petang, tatkala sedang mengajar, TS mendapat mesej yang berbunyi.. "Salam Kak Ngah, jiran Kak Ngah, suami Cik Zah (bukan nama sebenar) meninggal dunia,.. baru je dapat berita ni..".. Selepas kelas, TS terus menapak ke rumah jiran tersebut, jadi terpaksa batalkan segala agenda petang tersebut. Terus ke rumah jiran tersebut.. Kelihatan khemah dah terpasang, rumah dah dilapangkan, katil pun dah tersedia.. Kami kaum hawa memulakan majlis tahlil yang dipimpin oleh seorang uztazah.. Lepas maghrib nanti baru jemaah surau datang.. Memandangkan malam tersebut TS ada kelas, jadi, tak boleh tunggu lama-lama, TS pun pulang untuk bersiap-siap.. Niat dalam hati, insyaallah lepas kelas nanti datang semula, memandangkan jenazah pun masih belum sampai.. Selepas bersiap dan mula bergerak ke tempat mengajar, keretaku ditahan oleh seorang jiran... "Jap..jap.. ni ada pembetulan sikit",,,"Pembetulan apa?",,,, "Erm.. sebenarnya,, suami cik tu lum meninggal lagi.. Salah information, dia tengah koma lagi..",,,, "Astaghfirullahal a'zim... macam mane boleh jadi gitu?",,,, "Tahla, agaknya kelam kabut tadi tu yang dapat cerita macamtu.",,,,,"Sape yang bagitahu meninggal tadi, dan sape yang gtau masih koma?",,,"Tula, jiran sebelah umah die tu dapat kol tadi tapi salah dengar agaknya,, dapat tahu masih koma sebab sedare mare die balik dari hospital,, jadi bahan gelak tadi..eh, tolonglah bagitahu ustazah ye.. segan ada, takut pun ada nak bagitahu ni...",,,"Takpelah, nanti Angah (nama samaran) sampaikan.." Aduhai,, ni bukan kisah mati hidup balik,, tapi lain cerita ni.. yang wat lagi terkilan, Ustaz Fuad (bukan nama sebenar) dah get ready nak pergi tahlil lepas Maghribnye.. Langsung sume cancel...
Selang 3 hari selepas tu,, dapat berita tentang kematian yang sahihnya.. Tapi soalan pertama yang akan ditanya jika disampaikan tentang berita ni ialah "Betul ke meninggal ni?" bukan seorang dua yang tanye,, tapi semuanyalah.. Aduhaiii, macam permainan pulak jadinya.. Sedih pun ada juga.. Alhamdulillah, kali ni segala pengurusan berjalan dengan lancar.. Itulah kisahnya.....

::Tanganku,..!!::Erm.. lihat ni... hehe inilah akibatnya tidak berhati-hati.. Kenapa ni ye?. Takde pape pun,, cume terkena minyak masak.. Aduh... dah tak cantik dah tangan.. berparut.. :-(  Nanti nak sarung cincin nikah, mesti nampak... Tak bestnyeeeee!!!! hahaha. Masa mama tengok, mama kate.."Mesti timbul parut ni, sebab dalam luka dia... Ha' cuba muhasabah diri balik, apa tangan ni buat sampai jadi camni.. Mesti ada bende tak betul buat ni.. Ingat balik, ada tekan pape yang tak patut ke kat internet tu, pukul orang ke..Kalu kene kat mulut, ade la cakap yang tak patut tu.. Tangan, ada buat perkara tak sepatutnya...." mama katelah... TS pun remind balik.. hurm,, ada kot wat yang tak sepatutnya,,, Insaf...insaf,,,insaf,,, taknak wat lagi!!!! Sudah terhantuk baru tengadah.. Aduhai Athirahhhh....


::Kerongsang::

Mali...mali.. mulah... mulah.... beli jangan tak beli... huhu erm,,, kerongsang ni mualimahku yang jual. Memang cantik.. Satu RM2.50.. 4=RM10.. Selalu kat kedai 3=RM10 kan huhu.. Jadi TS pun belilah, belikan untuk mama as present hari ibu (walaupun dah lepas) dan untuk kakakku sempena birthday dia 25 Mei....dan untuk TS sendiri....Ade pelbagai warna menarik... Pink, coklat, biru, hijau, purple, macam-macam mix colour lah... hehe  Saje promosi.......

Oryte... sampai sini dulu.... To be continue.........................
salamanisemanisenyumanmu....


No comments:

Post a Comment

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."