::Tinggal Kenangan (Arwah Pak Lang: Berdiri dua dari kiri)::
29 April 2011..06:30AM.."Salam ngah, pak lang dah meninggal dunia" mesej dari kakakku membuatkan diriku tersentak. Seakan tidak percaya dengan berita yang baru dikhabarkan. Diriku terus menelefon mama yang berada di kampung untuk kepastian. Mama menyuruhku bersiap untuk menziarahi jenazah arwah yang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Nilai. Pada jam 10 pagi diriku bersiap untuk menjemput adikku yang menuntut di SMAD Klana. Setelah segala urusan sekolah selesai, ku meneruskan perjalanan ke kios minyak SHELL untuk menunggu ayah dan mama sampai dari Felda Pasir Besar. Kami pergi dengan menaiki dua buah kereta kerana diriku dan kakak akan pulang awal dari rumah arwah paklang. Kami sampai ke Nilai, dalam jam 12 lebih. Sebaik diriku masuk ke dalam rumah pak lang, satu perasaan menyelubungi diri, perasaan yang sukar ditafsirkan, perasaan yang sukar diterjemahkan, perasaan yang sangat menghenyak pundak. Sedih, hiba, pilu silih berganti, bertambah pula melihat wajah sepupu-sepupuku yang baru menginjak dewasa, kini terpaksa mengharungi hidup tanpa seorang bapa. :-(
Benarlah, ajal dan maut segalanya di tangan Nya.. Kita tidak dapat menduga mahupun menjadi nujum kepada sebuah kematian.
Ketika Malaikat Maut datang menghampiri untuk menjemput seseorang karana ajalnya telah tiba, maka orang itu tidak akan luput daripadanya, kemanapun ia akan berlari untuk bersembunyi, meskipun ia dirawat dan dikelilingi oleh team dokter yang paling pakar sekalipun, dengan peralatan teknologi medik yang paling canggih dan mutakhir sekalipun. Semua itu tidak akan dapat menolong dan menghindar daripada kematiannya. Sebagaimana ditegaskan dalam Quran :
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". ( QS. Al-Jumuah : 8 ).
Perhatikan khutbah Rasulullah saw. Berikut ini :
Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu sekalian mati, dan bersegeralah memperbanyak amal soleh sebelum kamu sibuk ( tidak punya kesempatan ), jalinlah komunikasi antara kamu dengan Tuhanmu dengan memperbanyak dzikir ( mengingat ) kepadaNya, perbanyaklah sedekah baik secara terang-terangan maupun rahasia, maka kamu akan dianugerahi rezeki, pertolongan dan diberi ganti yang lebih baik.
Tidak ada seorang pun yang tahu, bila kematian itu akan datang menghampiri dan menjemputnya. Yang pasti apabila saat itu telah tiba, maka tidak dapat dimajukan dan tidak pula dimundurkan walaupun hanya sedetikcuma.
" Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan (nya).
( QS. Yunus : 49 ).
Ketika seseorang berada dalam situasi tekanan kematian(sakaratul maut) dan nyawa sudah sampai pada kerongkongannya, maka diperlihatkanlah tempat yang dihuninya kelak, apakah tempat itu indah dan membahagiakan ataukah sebaliknya tempat itu menyeramkan atau menakutkan.
Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan,padahal kamu ketika itu melihat, (QS.Al-Waqiah : 83-84).
Sebagaimana halnya yang disebutkan dalam sebuah hadist, Rasulullah saw bersabda :
Sesungguhnya ruh orang mumin itu tidaklah keluar( mati ), sehingga ia melihat tempatnya di surga. Dan ruh orang kafir itu tidaklah akan keluar(mati), sehingga ia melihat tempatnya di neraka.
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu ( QS. Ali Imran : 185 ).
Demikian sedikit input yang kukongsikan untuk kita sama-sama renungi..
Pada jam 2 petang, diriku dan kakakku bertolak pulang kerana ingin menghadiri program pada petang ini. Ayah, mama dan adik-adik tunggu sehingga berakhirnya majlis tahlil. Perjalanan di lebuhraya pada awalnya lancar dengan cuaca yang baik, tiba-tiba bertukar mendung dan hujan turun dengan selebat-lebatnya, menyebabkan kereta yang kupandu diselaputi kabus, kerana keretaku tidak mempunyai air-cond. Kabus tebal sangat-sangat menyukarkan pemanduanku, perjalanan yang sepatutnya singkat kurasakan begitu lama, sehingga kami menyedari bahawa kami telah terlajak dari susur keluar yang sepatutnya. Kami terpaksa keluar pada susur keluar seterusnya iaitu di Pedas. Apalah dayaku, sabar..
::Sebuah perjalanan seribu pengalaman::Program yang bakal kuhadiri bertempat di Kem Sri Pilah yang terletak di Kuala Pilah, nama yang sungguh mesra pada pendengaran namun kaki tidak pernak jejak ke sana pun. Kami bertolak pada jam 7 lebih malam.. Sampai di pertengahan perjalanan, setelah merentasi Ulu Bendul, tiba-tiba rintik-rintik hujan mula kelihatan di cermin depan, hatiku mula berasa cemas, dengan keaadaan kereta yang merisaukan, ditambah pula dengan kegelapan malam yang boleh kukira berapa banyak tiang lampu yang disediakan, betul-betul mencemaskan. Namun, hanya tawakal yang mampu kulakukan kala itu.. Banyak kali kami terpaksa membuat u-turn kerana terlepas simpang yang sepatutnya kami masuk. Setelah memasuki pintu gerbang Seri Menanti, hati berasa lega sedikit kerana merasakan telah hampir ke destinasi, walhal jauh lagi perjalanan sebenarnya. Jalan semakin gelap kerana tiada langsung lampu jalan yang disediakan, diriku benar-benar berharap pada lampu keretaku yang kuasa volt kecerahannya pun telah berkurang., berserta laluan kereta yang teramatlah kecil, betul-betul memuatkan sebuah kereta sahaja pada perkiraanku, walaupun hakikatnya laluan itu untuk dua hala. Diriku memandu dengan tawakal dan bersuluhkan doa, berharap tiada apa yang terjadi. Kami sampai ke tapak program dalam jam 9 lebih, setelah menaiki bukit yang tinggi, hanya menggunakan gear 2 tanpa henti ditambah pula jalan yang kecil serta jalan seperti ular kena palu,, mencemaskan jika ada kereta dari arah bertentangan... Namun, papepun, alhamdulillah.... Selamat sampai dan selamat pulang. Perjalanan itu benar-benar ibarat sebuah kehidupan.. Kehidupan tak semestinya indah sapanjang masa, tetapi ade onak dan duri yang menanti. Tetapi, setelah kita melalui onak dan duri tersebut, ia akan kekal dalam memori sebagai satu kenangan yang indah.. Maka senyumlah dengan senyuman kepuasan kala itu, kerana anda tidak mengaku kalah sebelum berjuang!!!!!! (^_^)!!!
Untaian jiwa
-
Bismillahirahmanirrahim,
4 Dec 2019.
Kebetulan sungguh sis menulis pada tarikh ini. Tarikh lahir Zalika yang
sangat kental dan semangat menghadapi caba...
5 years ago
No comments:
Post a Comment