Aku nak terus B.E.R.L.A.R.I dan berlari dan berlari dan terus berlari. Biarlah aku memijak onak dan duri, biarlah aku merentas lautan api, biarlah aku mempertaruhkan nyawa antara titian tali, biarlah aku rasa lemas dalam larianku, biarlah segala-galanya. Aku akan terus berlari.. Selaju yang mungkin, berlari menuju Tuhan, berlari kepada-Mu, aku akan terus menjejak, mengejar langkah untuk menuju pada-Mu.... Biarlah larianku digenangi mutiara-mutiara keinsafan, aku akan terus berlari. Tanpa henti.. Selagi aku di sini, sepanjang hayatku, aku adalah hamba-Mu,, Aku kena terus berlari, aku tidak perlu menangisi nasib di hadapan teman yang tidak bernyawa ini, teman yang hanya menelan segala luahan hatiku. Dan aku tidak perlu gentar dengan tohmahan orang "Sehingga bila, sehingga mana kau mahu berlari?" Ya, persoalkan apa sahaja yang kau suka, kau tidak berada di tempatku, walau kau hanya mampu bersimpati padaku, namun kau tetap tidak merasa keperitan sekeping hati.. Aku akan terus berlari sehingga nafas terakhirku.............................................................................................................................................. dan pengakhiran nyawaku.. aku akan berhenti.. Jadi selagi peluang boleh dikecapi, aku akan kecapi semuanya.. Insyaallah, perkara paling penting yang perlu kusemat dalam hati ialah, aku perlu yakin dengan segala caturan Allah, yang mana segalanya,, adalah yang terbaik yang Allah telah tentukan.... ;-)
Untaian jiwa
-
Bismillahirahmanirrahim,
4 Dec 2019.
Kebetulan sungguh sis menulis pada tarikh ini. Tarikh lahir Zalika yang
sangat kental dan semangat menghadapi caba...
5 years ago
No comments:
Post a Comment