::Kuasa Allah Tiada Bandingan::
Ketika duduk-duduk begini.. merenung kosong pada skrin notebook, membuatkan diri ini berfikir...berfikir....dan berfikir.... Bertanya pada diri, adakah semua ini sudah cukup bagiku? Adakah ini yang diriku mahukan selama ini? Adakah diri ini ingin menjadi seperti sekarang? Apakah tujuan hidup diriku ini? Apakah matlamat hidupku ini?
Pernah jua hati ini berbisik.. Matlamat hidup untuk menjadi khalifah Allah, hamba Allah, tetapi adakah diri ini hanya perlu bermunajat di atas tikar sejadah, menghambakan jasad dan rohani dengan hanya berdoa siang dan malam mengharapkan rezeki turun dari langit, kononnya dengan hanya berdoa tanpa usaha rezeki akan jatuh.. Namun nasib itu boleh diubah bukan? Peganglah....Gandakan usaha, gandakan ikhtiar, gandakan doa, gandakan tawakal.... Insyaallah, Allah memberi dan menilai berdasarkan semua itu..
Sesungguhnya, adakala hati ini tewas dengan sihir dunia.. sehingga terlupa dengan segala-segalanya dari Allah.. Walau sepenuh qudrat penyerahan diri dilakukan atas sesuatu perkara, namun, andai Dia tidak memperkenankannya, adakah itu suatu penyesalan buat manusia? Diriku sedar,, "kunfayakun"....
Diriku perlu berjalan dalam tapak kesabaran, berjalan dalam tapak keredhaan....Pernah diriku mendengar motivasi dari seorang motivator.. "Senyumlah... walaupun kita sedang terluka,, kerana dengan senyuman segalanya akan hilang, merasakan diri berada dalam kebahagiaan." Tetapi lewat petang tadi, ketika kaki melangkah di MPH, mata tertarik dengan sebuah buku untuk wanita, menyelak helaian demi helaian dan terhenti pada satu halaman.... Perenggannya berbunyi, "Berpura-pura bahagia adalah penderitaan yang sangat dahsyat..." membuatkan serebrumku bermanipulasi.. Adakah jawapannya sangat-sangat subjektif..? Merujuk kepada individu itu sendiri untuk membuat penilaian? Maka, apakah pandangan kalian???
Benar kata Dr HM Tuah Iskandar "Sendiri Mau Ingat.... Alpa itu punca terlupa..." Mungkin bagi kalian, definisi alpa dan lupa itu satu perkara yang sama.. tetapi sebenarnya tidak.. Begitu jua dengan definisi bagi gembira dan seronok serta bahagia,, semuanya membawa terjemahan yang berbeza.. Tapi tidak salah andai kita berpura-pura bahagia untuk menjaga hati orang lain, dan juga tidak salah berpura-pura bahagia supaya orang lain jua turut bahagia kan...
Pinjam sebaris motivasi dari Dr HM Tuah Iskandar untuk perangsang diri iaitu berpegang pada 3E:Extra MIND, Extra MILD & Extra MILE....
salamanisemanisenyumanmu....... (^_^)
Untaian jiwa
-
Bismillahirahmanirrahim,
4 Dec 2019.
Kebetulan sungguh sis menulis pada tarikh ini. Tarikh lahir Zalika yang
sangat kental dan semangat menghadapi caba...
5 years ago
No comments:
Post a Comment