Pages

Thursday, May 26, 2011

:: Bulan Mendera Minda ::

::Periksa...periksa...periksa.::  ::Imtihan...imtihan....imtihan..:: 












Ha... bulan ni memang bulan periksa... Yang sekolah, periksa pertengahan tahunnya... Yang KAFA pun ngan pekse kafanya...Gerenti semua ngah berperang ngan diri, berperang ngan perasaan malas, berperang ngan nafsu.... huhuhu Berdasarkan pengalaman... Biasalah kita-kita ni kan.. Study last minit.. Kononnya, lagi senang masuk and insyaallah kekal ingatan tu.... huhu memang ingat,, tapi lepas periksa, sume lenyap... haha Tuk imtihan seterusnya, kenela hafal dari awal balik,, alih-alih mula dari Bab 1 juga dibacanya... Bak kata ustaz, sepatutnya bab awal-awal ni dah dalam mind dah....Tapi kita? Beselah tu....... hahaha Tapi zaman sekolah menengah dah berakhir dah wat diriku,, sekarang bakal menempuhi satu lagi fasa.... Ha yang tu cerite pasal tensionnye mind as pelajar,, nak menghafal, nak itu nak ini....
Guru-guru pula, apa critenya? Bagiku, dengan pengalaman sebagai guru ni,,, rase-rasenye lagi macam nak tercabut kepala ni bila masuk musim periksa.. Uishhh.... dahsyat-dahsyat...Diriku??? Sebagai mualimah ni.... Rasenye kalau para pelajar, nak wat persiapan last minit bolehlah dikatakan boleh juga.... Tapi guru? Cerite sebelum periksa...Mane nak fikir wat kertas soklan lagi,, bukannya just copy paste or cut paste, tapi kena rangka soklan baru, selaras tak ngan tahap pembelajaran, nak ikut silibus MGB lagi, belum lagi kalau kertas soklan kene reject ngan guru besar,, aduh sakitnya,, kene wat semula...(tapi diriku tak kene reject ye... Alhamdulillah) huhu Tu cerita sebelum periksa.. Mase ngah periksa.. Ngan ade pelajar yang tak hadirnya.. kene lak wat ulangan pekse ngan yang tak hadir tu,.. macam waste time je.. tapi kita tak tahu masalah orang an.. takpe... Forgive and Forget je... Ok,, dah habis periksa.. para pelajar pun menarik nafas lege,, just berdebar nak tunggu result je,, tapi tu fitrahla.... Ha.. tapi bagi guru,, masa tuk menanda pula,,, nak tanda pun satu hal,, dengan ade tulisan yang lebih teruk dari cakar ayam... yang kecil-kecilla sangat, yang besar tak muat kertas nak tulis, yang macam dokter nye tulisan pun ade.... Apa-apa hal, kalau ada yang kes-kes seperti tadi, memang tolak tepi dululah,, dari menghabiskan berjam-jam nak mengadap satu kertas tu, baik tande yang lain dulu.... dah siap tande,, nak masuk rekod lagi,, wat analisa... fuh,, berat juga kerja guru ni...Memang patut pun kita kena hormati dan hargai guru.......... Ha,,, begitula fatrahnya kehidupan menjelang peperiksaan, baik guru-guru, para pelajar dan ibu bapa turut kebimbangan jua... Sekian kali ini,, moga bertemu kembali di lain lembaran...Selamat bermujahadah wat semua yang sedang dan akan menghadapi peperiksaan....... Wasalam

salamanisemanisenyumanmu....


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

~> Khalifah di muka bumi itu perlulah akal seluas langit, mengalir seperti sungai yang deras..
=> Usia umpama harta, bukan banyaknya menjadi perhitungan, tetapi keberkatannya... Harta yang berkat sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan.. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian.
=>Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal,beerti memiliki fikiran yang baik.Dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik akan mendapatkan kenikmatan dalam kehidupan.

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
~> Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu, dan tidak pula melihat ketampananmu, tetapi Allah melihat hatimu.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."