Terlate nak post.... 16 Mei 2011.. "SELAMAT HARI GURU"
Wat guru-guruku yang tercinta, guru pertamaku iaitu ayah dan mama... seterusnya guru-guru di Tadika Silver Bells (1997-1998), guru-guru di Sekolah Kebangsaan Senawang (1999-2001), guru-guru di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar (2001-2004), dan selamanya dalam ingatan guru-guru di Maahad Ahmadi (2005-2010)...... Terima kasih guru-guruku atas segala ilmu yang dicurahkan, segala bakti yang di berikan, segala tunjuk ajar, dorongan, semangat dan panduan yang disemaikan.. Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan, moga ia diberkati sepanjang hayatku.. Berjuta ucapan terima kasih masih belum cukup nilainya jika dibandingkan dengan segala-galanya. Terima Kasih Guruku......
Selalunya setiap tanggal 16 Mei,, diriku yang akan mengucapkan Selamat Hari Guru, berjumpa dengan guru-guru, sambil senyuman melakar di bibir, mengucap selamat dan memohon kemaafan serta memberikan hadiah di dalam sampul yang berwarna-warni.. Selalunya, setiap tahun akan diadakan jualan kad-kad kepada guru-guru, bunga-bunga sempena hari guru.. dan diriku pasti beli untuk di hadiahkan kepada guru-guru...
Tapi tahun ni,, seawal pagi, diriku menerima mesej Selamat Hari Guru, disusuli dengan ucapan-ucapan dari rakan-rakan, serta yang lebih memeriahkan ucapan dari anak-anak muridku sempena sambutan Hari Guru yang diadakan...
Seakan tidak percaya diri dihargai sebagai seorang guru.. menerima hadiah dan macam-macam.. huhu
::Hadiah Hari Guru::
Sambutan Hari Guru di Pusat Pendidikan At-Tibyan......Pengerusi majlis memberi ucapan selamat, seterusnya diserikan dengan bacaan doa.... Persembahan dimulakan dengan acara nasyid oleh si cilik- si cilik PRA yang comel, persembahan nasyid oleh para pelajar Tahun 1, persembahan nasyid oleh para pelajar Tahun 2, persembahan nasyid dan lakonan oleh para pelajar Tahun 3, persembahan nasyid oleh para pelajar Tahun 4, persembahan nasyid oleh para pelajar Tahun 5,, dan seterusnya,,,, jeng..jeng...jeng... persembahan daripada mualimah-mualimah.. huhu tak nyanyi apapun, cuma Lagu Guru Malaysia je... acara di meriahkan lagi dengan acara tukar-tukar hadiah sesama guru.. cabutan nombor dan lihat.. siapa yang bertuah.... Selepas tu?? acara makan-makan, atau lebih sopan lagi 'jamuan'.. Hurm... banyak sangat makanan yang terhidang.. rase tak cukup je tong perut nak isi semua, jadi rasa apa yang mampu je.. huha
p/s: kekenyangan sampai ke malam
(^_^)!! damai di hati....
Untaian jiwa
-
Bismillahirahmanirrahim,
4 Dec 2019.
Kebetulan sungguh sis menulis pada tarikh ini. Tarikh lahir Zalika yang
sangat kental dan semangat menghadapi caba...
5 years ago
No comments:
Post a Comment