:: Pada-Mu ku berserah::
Terima kasih kepada mereka-mereka-mereka (rase macam tak cukup lagi) yang banyak memberi dorongan, yang banyak merafakkan semangat kepada diri yang lemah ini. Terima kasih yang teramat sangat. Tak mampu rasenye membalas segala-galanya walau segunung emas permata manjadi taruhan...Hidup ni penuh dengan pengalaman, kan.... Pengalaman memang guru terbaik yang tidak ternilaikan. Pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi. Hidup ini tak bermakna tanpa cabaran, kan??? :-?
Berkata mengenai pengalaman, suka diriku berkongsi pengalaman lewat 26 April yang lalu. huhu "Temuduga"
Waktu temudugaku sesi ketiga, jadi pada waktu petangla,. Seusai Solat Zuhur di Masjid Negeri, diriku bergerak ke Pejabat MAINS.. Bersama denganku ada 4 orang rakanku lagi, yang mana mereka semua juge dari Maahad Ahmadi.. Jadi 3:2 la jawabnya. Diriku akan digandingkan dengan seorang sahabat yang amat hebat iaitu 'U', membuatkan diriku menjadi resah 1000.. Pada jam 4 lebih tibalah giliran kami, masuk dengan Bismillah, langkah dengan hati-hati sambil bibir mengorak senyuman. setelah diarahkan duduk kami pun duduk... Perbicaraan pun bermula dengan memperkenalkan diri. Sahabatku 'U' memulakan perkenalan diri dalam Bahasa Arab, kalam yang sangat fasih dan lancar membuatkan diriku berasa sedikit cuak.. hehe rilex.. tiba giliranku, panel membetulkan cara sebutan namaku mengikut lahjah Arab yang betul (adusss... awal-awal dah kene) "Siti A'thirah Bintu A'bdirrohim" sebutannya.... lepas tu maksud namaku menjadi isu sekejap.."Ma mak'na عطيره ? Baru sahaja ku ingin membuka mulut untuk menjawab, salah seorang panel berkata "Minyak a'tar kan? Diriku pun mengangguk. Berkata pula seorang lagi panel "Janganlah panggil minyak a'tar, perfume tau.." Diriku hanya tersenyum. (teringat Ustaz Idris) Hanya nama dan tempat tinggal sahaja yang kuperkenalkan. (ade kelegaan disitu ya..huhu)
Soalan pun bermula.. antara soalan-soalan yang sempat terakam di memori....
> Bidang ape nak ambil di Mesr?
> Berikan perbezaan antara fakta dan pendapat
> Berikan contoh fakta sejarah
> Berikan contoh fakta politik
> Berikan contoh fakta sosial
> Siapakah nama ketua agama Islam di Malaysia
> Siapakah nama ketua agama Islam di Negeri Sembilan
> Siapakah pegerusi MAINS (yeke soalan ni.. yekot)
> Apakah hak sebagai rakyat Malaysia
> Bagaimana cara nak laksanakan hak tersebut
> Sebutkan rukun negara ke-3.. Jelaskan
> Sebutkan rukun negara ke-4.. Jelaskan
> Apakah maksud wajib
> Apakah maksud sunat
> Apakah maksud harus
> Apakah maksud Islam
> Apakah maksud tauhid
> Apakah maksud aqidah
> Apakah maksud usuluddin
> Berikan maksud zakat (istilah dan syara')
> Berikan asnaf zakat
> Berikan kadar zakat emas
> Berapakah bilangan rasul
> Berapakah bilangan nabi
> Berapakah sifat harus bagi Allah.. Sebutkan
> Berapakah sifat harus bagi nabi dan rasul.. Sebutkan
> Berikan contoh sunat ab'ad dan sunat haiah
rasenye banyak lagi.. tapi ni je yang sempat terakam.. Soalan-soalan ni pun, jawapannya dimonopoli oleh sahabatku 'U' itu, membuatkan diriku tenggelam.. huhu
Seterusnya, tiba giliran Bahasa Arab... bace teks n bercakap..Time ni bukan nak cakap ape, totally diriku kaku. Agaknya lidah ni lebih beku daripada ais di Lautan Atlantik,. apalah daya diriku dibandingkan dengan 'U' yang lancar berkata-kata. huhu mana tidaknya 10 Mumtaz vs 1 Mumtaz.. tewaskah???
Alhamdulillah, akhirnya tamat jua sesi temuduga, walaupun pada hakikatnya terselit sedikit keterkilanan di situ.. Walaubagaimanapun, diriku berasa gembira kerana sehingga akhirnya diri ini masih melakar senyuman merasakan katabahan dan keyakinan itu milikku,. Kini diriku hanya mampu berserah kepada Allah. Yakin dengan irodah Allah, kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. Tawakaltu A'lallah....... :-)
wasalam..
Untaian jiwa
-
Bismillahirahmanirrahim,
4 Dec 2019.
Kebetulan sungguh sis menulis pada tarikh ini. Tarikh lahir Zalika yang
sangat kental dan semangat menghadapi caba...
5 years ago
No comments:
Post a Comment